R Gopinathan Kini Muhammad Gopi Rizqi


BEKAS pemain Pahang, R Gopinathan sah telah memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang sebentar tadi.

Memetik laporan sebuah portal sukan, beliau juga akan menggunakan nama baharu iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra dan dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan Melayu Islam dalam masa terdekat.

Gopinathan sebelum ini mewakili Pahang pada 2010 sehingga 2015 sebelum mewakili skuad Selangor pada 2016.

Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad Harimau Selatan pada tahun 2017 sebelum berhijrah menyertai Melaka United tahun lalu dan kini sedang beraksi bersama pasukan Liga Perdana, PDRM. - Sinar Harian