Skip to main content

Hall of Fame 2023: Kenyataan Taufik Hidayat Buat Lee Chong We Terkejut



Legenda badminton negara Lee Chong Wei meminta bekas jaguh badminton Indonesia Taufik Hidayat, untuk menghubungi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan pemilihan beliau dalam Hall of Fame 2023 BWF baru-baru ini.

Bercakap kepada Bernama bekas pemain nombor satu dunia itu mengakui, tidak gembira dan terkejut dengan kenyataan Taufik, yang seakan tidak bersetuju tentang pemilihan itu sedangkan ia diputuskan sendiri pihak BWF dan bukannya atas permintaan beliau.

Beliau berkata komen dilontarkan Taufik yang disifatkan sebagai rakan baik sewaktu zaman kegemilangannya itu, seakan menyerang beliau selepas menerima pengiktirafan tersebut.

“Bukan saya yang minta BWF senaraikan saya dan bukan saya yang tulis surat kepada BWF, saya sendiri sebelum ini tidak tahu pemilihan ini. Mungkin ada syarat-syarat untuk pilih siapa yang dapat, dan ada juga pemain Malaysia juga menerima Hall of Fame yang tidak pernah memenangi (pingat emas) Olimpik.

“Taufik patut tanya BWF, tulis surat atau email, tanya kenapa anugerah diberi kepada saya dan bukan dia, mungkin dia tak gembira sebab tak dapat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu pada masa sama turut berharap BWF mengeluarkan satu kenyataan, menjelaskan kepada Taufik mengapa beliau dan Lin Dan disenaraikan ke dalam Hall of Fame BWF itu.

Pada 26 Mei lalu, Chong Wei, 41, dan Lin Dan, telah dimasyhurkan dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton, dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan, ketika era kegemilangan mereka.

Penguasaan Chong Wei dalam arena badminton menyaksikan, beliau meraih 47 gelaran Siri Super /Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan atlet badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.

Namun baru-baru ini, Taufik melalui satu video viral di media sosial, mempersoalkan kelayakan Chong Wei disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF itu.

Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak untuk mendapat pengiktirafan itu dan beliau mempersoalkan kewujudan nama pemain nombor Malaysia berkenaan, dalam senarai itu.

“Dalam pertandingan, yang diambil kira siapa yang juara bukan ditentukan siapa yang paling lama (konsisten). Bukan juga ditentukan siapa yang paling lama berada di tempat pertama. Kalau menang 10 kali perak dan hanya satu kali emas, kamu akan pilih yang mana?” menurut Taufik.

Dalam pada itu, Chong Wei menasihati para peminatnya supaya bertenang dengan komen diberikan Taufik kepadanya, selain memaklumkan agar peminatnya tidak menimbulkan kekacauan di media sosial. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...