Skip to main content

Penipuan Tanah Rizab Melayu, MHO, PAKIN Cadangkan SPRM Mohon Segera Dilucut Hak


Putrajaya: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Tanah Rizab Melayu (TRM) seluas 649.2 hektar yang dipertikaikan di Sitiawan, Perak dilucutkan hak dan dilupuskan kepada kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ini disebabkan berdasarkan maklumat diterima pihaknya, status tanah itu masih belum lagi dikembalikan, sebaliknya hanya dilakukan kaveat pendaftar.

"Kita sebenarnya mempertikaikan keputusan hanya memasukkan kaveat pendaftar kerana hasil daripada tanah itu masih diguna pakai oleh bukan Melayu yang memegang TRM secara salah.

"Seharusnya diikuti satu tindakan untuk melupuskan, melucutkan hak tanah 649.2 hektar ini dan dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan.

"Ini kerana perkara ini adalah salah satu undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)," katanya pada sidang medianya di luar ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Pada 30 April lalu, bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ipoh atas pertuduhan menipu agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot TRM kawasan seluas 649.2 hektar di Sitiawan, 12 tahun lalu.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, selain menyerahkan cadangan itu kepada SPRM, pihaknya juga mempunyai bukti baharu bahawa pemindahan TRM itu bukan hanya membabitkan 649.2 hektar tanah di Sitiawan, Perak semata-mata.

"Kita juga membawa bukti terbaru bagaimana bukan hanya tanah sebanyak 649.2 hektar, tetapi sebenarnya ribuan hektar lagi yang ada dan belum dikenal pasti (oleh SPRM di Perak).

"Kita akan serahkan kepada SPRM supaya siasatan bukan hanya kepada 649.2 hektar (sebaliknya) ada ribuan hektar tanah yang masih dipegang bukan Melayu dipindah milik secara tidak sah di sisi undang-undang," katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...