Skip to main content

Budak 5 Tahun Nodai Adik Kembar, Kerana Kerap Menyaksikan Ibu Lakukan Hubungan Dengan Teman Lelaki



Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kes yang berlaku di salah sebuah negeri beberapa tahun lalu itu sekali gus mengubah kehidupan kanak-kanak lelaki terbabit menjadi seorang yang ketagih untuk melakukan hubungan seksual.

"Peristiwa ini terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit.

"Siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan abang mangsa kerana ketagihan untuk melakukan hubungan seks akibat kerap menyaksikan ibunya melakukan hubungan terbabit bersama seorang lelaki di rumah mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika penerangan berkaitan jenayah seksual dalam sesi dialog bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.

Katanya, kes jenayah seksual berkenaan dikhuatiri akan mengakibatkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

"Apa yang membimbangkan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ini bukan sahaja menjadi mangsa, malah pemangsa.

"Selain itu, statistik turut merekodkan 70 peratus mangsa jenayah seksual adalah kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun dan kemungkinan perkara ini disebabkan faktor kematangan selain aspek kehidupan mereka itu sendiri," katanya.

Justeru kata Siti Kamsiah, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan jenayah seksual dapat diatasi terutamanya melibatkan kanak-kanak.

"Sikap bertanggungjawab ibu bapa dalam memantau perkembangan dan pergerakan anak-anak penting bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perkara yang tidak bermoral.

"Selain itu masyarakat turut memainkan peranan dengan segera melaporkan sebarang kejadian berkaitan kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan dapat diambil sewajarnya," katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut