Skip to main content

Suami isteri antara 'budak suruhan' ceti haram ditahan


SHAH ALAM: Polis menahan tiga suspek 'budak suruhan' ceti haram atau along Singapura yang disyaki melakukan khianat dengan api dan simbah cat di negara ini dengan upah sehingga RM1,500 daripada sindiket itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek termasuk sepasang suami isteri ditahan di kawasan rumah di Kepong dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam operasi khas pada 8 serta 9 April lalu.

Beliau berkata, penangkapan semua suspek berumur 20 hingga 22 tahun itu susulan laporan seorang mangsa memaklumkan rumahnya di Ampang dibaling bom petrol (molotov cocktail) pada 20 Mac lalu.

Siasatan mendapati, dua suspek mengenali dan mendapat tawaran along dari Singapura itu dibuat menerusi media sosial yang mana seorang daripada mereka menjadi orang tengah bagi mendapatkan pekerjaan itu.

"Suspek menerima upah antara RM1,000 hingga RM1,500 sekiranya melakukan khianat dengan api manakala RM600 hingga RM900 bagi khianat simbah cat.

"Siasatan mendapati, dua suspek lelaki terbabit turut menawarkan 'job' itu kepada individu lain dengan bayaran antara RM300 hingga RM800," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata, suspek wanita pula berperanan sebagai 'striker' yang merakam video dan mengambil gambar ketika kejadian untuk dihantar kepada pihak yang mengupah mereka.

"Semakan pihak boleh mendapati, kumpulan itu melakukan sembilan kes khianat di Selangor, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

"Siasatan masih dijalankan termasuk sama ada mereka ada meminjam daripada along. Mereka didapati tiada rekod jenayah lampau," katanya.

Beliau berkata, dua suspek lelaki masih direman selama enam hari manakala suspek wanita diberikan ikat jamin polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Hussein berkata, dua daripada tiga suspek yang disyaki terbabit kes samun berparang di sebuah taska di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, dekat sini sudah ditahan, semalam.

Beliau berkata, dua suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Kelana Jaya dan Shah Alam.

"Hasil soal siasat awal mendapati kedua-dua suspek ini mengaku terlibat dalam kes itu. Polis turut merampas sebuah Perodua Bezza dan sebilah parang sepanjang 72 sentimeter dipercayai digunakan oleh suspek semasa kejadian samun itu.

"Semakan lanjut turut mendapati kereta itu mempunyai rekod dilaporkan hilang di Sungai Way, Petaling Jaya," katanya.

Hussein berkata, dua suspek itu disahkan positif dadah dan memiliki sebilangan rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta samun.

"Polis masih mengesan seorang lagi suspek terlibat sewaktu kejadian sebab ketika kejadian suspek ada tiga orang. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...