Skip to main content

Isteri Dedah Gambar Wanita Tak Bertudung, Dakwa Suami Ada Kekasih Baru Lagi?

Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru.

"Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher," tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, Hana turut menukar gambar profil Instagram miliknya dengan imej wanita tersebut.

Tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.


"Rasalah balik, dulu kau ambil hak orang, kacau hak orang, jadi, sekarang, rasakan. Mesti tahu tentang hal-hal berbentuk kifarah.

"Abu buat hal lagi.

"Hebat Abu,..kalau handsome tak tahu lah lagi macam mana," tulis sebahagian netizen.

Bahkan, ada juga yang membuat spekulasi bahawa wanita dalam foto tersebut mirip wajah bekas isterinya, Ain 'Afini Latif.

Biarpun Ain tidak pernah menunjukkan wajah sebenar disebalik purdah yang dipakainya, peminat mula berteka-teki dan mendakwa mata wanita terbabit sama seperti mata Ain.

"Masya-Allah, tak boleh padam gambar ni, tengok mata macam Ain, Allahu.

"Abu nak balik kat bekas isteri

"Mata macam Ain," komen sebahagian pengikutnya.

Walaubagaimanapun, entri terbabit telah dipadamkan beberapa minit selepas ia dimuat naik.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila dilaporkan berantakan.

Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

Sebelum ini, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bertindak menceraikan bekas isteri pertamanya, Ain 'Afini selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu. - Astro Gempak

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut