Skip to main content

Kalau Kamu Boleh Tanggung Saya Tidak Mengapa - Bella Astillah


Penyanyi Bella Astillah memohon segelintir pihak agar tidak mempertikaikan dirinya yang bekerja walaupun masih dalam tempoh idah selama tiga bulan.

Pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu berkata tugasnya perlu diteruskan demi menyara anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

“Kalau kamu boleh tanggung saya, susu dan lampin Ayden, tidak mengapa.

“Saya boleh duduk rumah berkabung tetapi kamu kena beri saya duit. Boleh begitu?” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Penyanyi itu juga menjelaskan kehidupannya kini sebagai ibu tunggal bukan mudah kerana terpaksa menyara anaknya sendirian.

“Saya keluar cari rezeki semuanya untuk Ayden (anak Bella). Bukan sebab saya tidak pandai jaga idah. Ibu dan ayah saya masih ada menjaga.

“Saya bukan suka-suka tetapi untuk anak saya. Kalau saya tidak kerja, bukan kamu mahu tolong,” katanya yang tidak menyebut nama pihak yang mempersoalkan statusnya.

Mengulas lanjut, Bella juga berkatakontrak yang ditandatangani bersama usahawan di Instagram membuatkan dirinya terpaksa juga bekerja mempromosi produk mereka.

“Jadi saya kena teruskan kerja. Tidak mungkin disebabkan kejadian itu (cerai) tiga bulan saya tidak boleh kerja.

“Saya sudah tandatangan kontrak dengan pemilik kedai di Instagram. Tidak adil kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Bersama di Hari Raya diceraikan talak satu oleh Aliff Aziz selepas satu demi satu dakwaan kecurangan bekas suaminya itu terbongkar.

Pasangan tersebut berkahwin pada September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata. - Malaysiakini (BM Version)

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut