Skip to main content

Saya Pergi Makkah Dengan Calon Suami Lain, Balik Semula Ke Malaysia Dengan Lelaki Lain - Dr Erin


ISTERI kepada pendakwah sensasi Da'i Nik Farhan, Dr Erin mendedahkan pernah beberapa kali berkahwin sebelum ini.

Bagaimanapun, jodoh tidak berpihak padanya apabila terpisah dengan ajal dan perceraian dalam perkahwinan-perkahwinan terdahulu.

"Ini perkahwinan ketiga saya. Ustaz tahu semua fasal saya dan dia boleh terima saya seadanya.

"Suami pertama saya meninggal dunia dan yang kedua berpisah dengan kerelaan hati. Tetapi kami masih berkawan baik sampai sekarang.

"Allah berikan saya pengajaran atas perkahwinan sebelum ini untuk saya jadi kuat sebelum dia temukan saya dengan ustaz (Da'i Farhan).

"Anak-anak saya sangat menyokong perkahwinan ini sebab saya sudah latih mereka dari kecil lagi untuk berfikir secara rasional.

"Apabila saya kata ada papa baru, mereka akan gembira," katanya kepada Gempak.

Cerita Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, pertemuannya bersama Farhan di Makkah bagaimanapun mencoretkan lembaran baharu dalam hidupnya.

"Saya pergi Makkah untuk menunaikan umrah dengan calon suami lain dan balik semula ke Malaysia dengan lelaki lain (iaitu Farhan)," kongsinya teruja.

Untuk kisah lanjut mengenai kisah sebenar yang berlaku antara Farhan dan Erin di Makkah, saksikan video temubual eksklusif Gempak bersama pasangan ini.

Gempak bertemu dengan pasangan ini ketika hadir ke rancangan bual bicara Mingguan Wanita semalam.

Sebelum ini tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.

Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.

Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.

Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...