Skip to main content

Suami Dan Ibu Mentua Unfollow Instagram Shahida

Shahida perjelas tampil 'terlalu biasa' dalam video suami ...
KUALA LUMPUR: Krisis rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid terus meninggalkan tanda tanya.

Tambah panas Aliff dan Shahida dikatakan saling tidak mengikuti atau ‘unfollow’ akaun Instagram (IG) masing-masing, sejak bulan lalu.

Terbaharu, ibu kepada Aliff, Rozita Ibrahim pula dilihat ‘unfollow’ menantunya, menguatkan lagi desas-desus pasangan yang dikurniakan lima cahaya mata itu bakal berpisah.

Menjawab persoalan adakah turut berdepan krisis dengan ibu mentua, Shahida berkata, dia tidak tahu ibu mentuanya ‘unfolow’ dalam IG.

“Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.

“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen.

“Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,” katanya kepada BH Online.

Bekas anggota kumpulan nasyid Solehah itu berkata, dia dan anak-anaknya sihat dan tenang sahaja di rumah.

“Alhamdulillah, saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik. Sihat semuanya.

“Saya hanya keluar rumah apabila kehabisan barang dapur, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak” katanya.

Mengulas isu dakwaan memfailkan perceraian di mahkamah, Shahida tidak dapat memberikan komen lanjut.

“Maaf, saya tak dapat komen.

“Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu perceraian.

“Sekarang, seluruh dunia sedang berdepan dengan musibah penularan virus COVID-19. Jadi, fokus saya mengenai keselamatan anak-anak,” katanya.

Enggan isu perceraian terus menjadi persoalan ramai, Aliff mendedahkan surat tuntutan cerai isterinya di laman IG. Bagaimanapun, Aliff nafi melafazkan cerai terhadap Shahida ketika menjawab komen netizen dalam ruangan soal jawab di IG Story, beberapa hari lalu.

Difahamkan, kes perbicaraan perceraian Aliff dan Shahida bakal didengar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasangan itu juga didakwa tidak tinggal sebumbung, sejak beberapa bulan lalu. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut