Skip to main content

Berdamai Dengan Bekas Madu, Dr. Erin Tak Tolak Suami Rujuk Balik Dengan Bekas Isteri

Isteri pendakwah bebas Da'i Farhan, Dr. Erin bersikap terbuka untuk menerima dan berbaik-baik dengan bekas madunya, Fatin Nurul Ain.

Berkongsi beberapa foto bertemu dan berpelukan dengan Fatin, jelas Dr. Erin suaminya mengubah perspektifnya tentang hal poligami.

"Wahai zaujku, engkau manusia yang boleh memberikan jawapan dari ramai-ramai ustaz yang pernah saya tanya kenapa harus terima poligami.

"Ayang boleh memberikan jawapan yang boleh membuka hati saya untuk berpoligami walaupun saya seorang anti poligami.

"Tak mungkin saya berkongsi suami dengan orang lain. Saya rela menjanda 100 kali pun!" tulisnya menerusi kemaskini entri di Instagram baru-baru ini.

Menyifatkan cemuhan masyarakat sebagai ujian hidupnya, tambah Dr. Erin dia akui situasi itu berjaya ditempuhi dengan tenang.

"Allah uji dulu betulkah betul-betul beriman, reda dengan segala ujian dan takdir ditetapkan walau itu paling tak mampu dihadapi.

"Allah beri saya satu tiket ujian dicemuh dikeji sebab kahwin lelaki orang. Benda yang saya paling tak boleh hadap tapi itulah saya rasa saya dah boleh hadapi semua ini dengan hati tenang.

"Saya pun akan korban perasaan saya juga kalau itu bole membuatkan suami dan anak-anak saya gembira.

"Wahai zaujku, tetaplah memberi ilmu kebaikan walau kadang-kadang kita dianggap salah kerana kita semua pendosa di muka bumi ini. Jalani kehidupan sebaik mungkin.

"Selagi mana saya masih isteri saya akan sentiasa berada di belakang ayang. Kalau ditakdirkan sebaliknya, ayang tetap tok imam kegemaran saya," tambahnya.

Sementara itu, perkongsian foto bertemu Fatin dan berpelukan antara satu sama lain membuatkan ramai yang memuji kedua-dua wanita itu.

Malah, ada yang mendoakan untuk Fatin dan Farhan kembali rujuk selepas dua bulan bercerai.

"Alhamdulillah, semoga mereka rujuk balik antara satu sama lain. Fatin dan Farhan hidup bahagia bersama Puan (Dr. Erin)," tulis salah seorang pengguna.

Balas Dr. Erin pula; "Saya tak pernah bermusuh dengan siapa-siapa pun. Cuma keadaan buat saya ni jahat.

"Insya-Allah. Doalah yang baik-baik untuk mereka."

Dr. Erin juga sanggup meminang mana-mana wanita pilihan suaminya seandainya Farhan mengambil keputusan untuk berkahwin lain.

Mengimbas semula, Farhan telah menceraikan Fatin ketika sedang sarat hamil menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.

Hal itu terjadi selepas Farhan mengahwini Dr. Erin ketika sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sebelum itu.

Hasil perkongsian hidup Farhan dan Fatin, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fariha, 2, dan Nik Farrel Fahim yang dilahirkan pada 5 Januari lalu. - Astro Gempak

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...