SUNGAI PETANI: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas kereta dipandunya terjunam ke Sungai Lubuk Kawah, Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, di sini, Jumaat lalu, ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), pagi ini. M4yat Mat Yusof Hashim, 77, ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi keretanya terjunam, pada jam 9.15 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, mangsa ditemukan terapung di permukaan air dan dipercayai dihanyutkan arus. “M4yat ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi kereta terjunam, di kawasan reba. M4yat tidak tersangkut, sebaliknya timbul di permukaan air dan dipercayai dihanyutkan arus. “Kebetulan pada hari ketiga operasi, paras air surut kepada kira-kira 1.5 meter berbanding 4.5 meter ketika kejadian. Pasukan melakukan pencarian di permukaan air menggunakan bot bersama Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan K9 sebelum berjaya menemukan mangsa,” katanya kepada pember...