KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah berbangsa Cina mendakwa dirinya terpedaya dengan tawaran pinjaman wang yang pada awalnya disangka sebagai pinjaman wang berlesen, namun akhirnya mendapati dirinya terperangkap dengan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau Ahlong.
Menurut mangsa, jumlah pinjaman yang diterima adalah sekitar RM15,000. Bagaimanapun, akibat tekanan dan ugutan yang diterima, beliau bersama keluarganya didakwa telah membuat bayaran berjumlah lebih RM100,000.
Walaupun jumlah bayaran yang dibuat sudah jauh melebihi jumlah pinjaman asal, mangsa mendakwa pihak Ahlong masih terus melakukan ugutan dan gangguan.
Keadaan menjadi semakin serius apabila pihak berkenaan didakwa menyebarkan gambar mangsa yang telah disunting kepada ahli keluarga, menyebabkan mangsa berasa tertekan serta bimbang terhadap keselamatan diri dan keluarganya.
Akibat tekanan yang dihadapi, mangsa mengambil keputusan untuk meninggalkan sementara suami dan anak-anak, dan kini tinggal bersama adik-beradiknya demi mendapatkan sokongan serta perlindungan.
Mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung ugutan, gangguan dan penyebaran gambar tersebut bagi memastikan keselamatan dirinya serta keluarganya terjamin.
Kes berkenaan turut mendapat perhatian PAKIN Malaysia, yang membantu mangsa mendapatkan panduan dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya.
⚠️ PAKIN Malaysia menyeru mangsa pinjaman tidak berlesen supaya tidak berdiam diri atau menghadapi ugutan seorang diri. Simpan segala bukti seperti mesej WhatsApp, nombor telefon, rakaman panggilan, bukti pembayaran dan gambar yang disebarkan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
📱 Bincang dengan Perunding PAKIN Malaysia
📞 Call: 013-311 1136
📱WhatsApp: http://www.wasap.my/60133111136/KesAhlong
PAKIN MALAYSIA
.png)