kOHOR. Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila keretanya didakwa dikejar dan dikepung beberapa penunggang motosikal di sekitar Taman Universiti, Skudai.
Kejadian dipercayai bermula selepas seorang penunggang mendakwa motosikalnya dilanggar kereta wanita itu, sebelum rakannya menghampiri kenderaan berkenaan dan meminta bayaran ganti rugi.
Bagaimanapun, wanita itu mendakwa tiada sebarang pelanggaran berlaku, malah percaya penunggang terbabit sengaja mengambil kedudukan di hadapan, tengah dan belakang kereta bagi memaksanya berhenti.
Bimbang akan keselamatannya, wanita itu membunyikan hon untuk meminta bantuan orang awam sebelum menuju ke balai polis berhampiran. Detik berkenaan dirakam kamera papan pemuka bertarikh 2 September 2026.
Abang pengadu mengesahkan laporan polis sudah dibuat dan rakaman berkenaan diserahkan bagi membantu siasatan.
