Skip to main content

Video Kereta Terjunam Ke Sungai Lubuk Kawah


SUNGAI PETANI: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas kereta dipandunya terjunam ke Sungai Lubuk Kawah, Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, di sini, Jumaat lalu, ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), pagi ini.

M4yat Mat Yusof Hashim, 77, ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi keretanya terjunam, pada jam 9.15 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, mangsa ditemukan terapung di permukaan air dan dipercayai dihanyutkan arus.
“M4yat ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi kereta terjunam, di kawasan reba. M4yat tidak tersangkut, sebaliknya timbul di permukaan air dan dipercayai dihanyutkan arus.

“Kebetulan pada hari ketiga operasi, paras air surut kepada kira-kira 1.5 meter berbanding 4.5 meter ketika kejadian.

Pasukan melakukan pencarian di permukaan air menggunakan bot bersama Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan K9 sebelum berjaya menemukan mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini.

Menurutnya, operasi SAR turut berdepan cabaran cuaca apabila hujan lebat pada peringkat awal menyebabkan paras air meningkat sedikit, namun keadaan masih terkawal.

Beliau berkata, operasi itu membabitkan anggota dari BBP Aman Jaya dan BBP Sungai Petani.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan memaklumkan m4yat mangsa akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk tindakan lanjut.

Penemuan itu menyusuli penantian bakal isteri mangsa, Nisun Che Mat, 69, yang sebelum ini masih berharap Mat Yusof ditemukan.

Nisun berkata, kali terakhir dia bertemu mangsa adalah selepas Asar pada hari kejadian, sebelum mereka keluar makan bersama keluarga di Tanjung Dawai.

Pada pertemuan itu, mangsa turut bertanyakan mengenai urusan borang pernikahan mereka yang dirancang pada 12 Disember depan dan sepatutnya menguruskan pemeriksaan darah bagi tujuan pernikahan pada Isnin ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam Jumaat lalu, kereta Proton Wira dipandu Mat Yusof dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai.

Kenderaan itu dinaikkan menggunakan kren pada jam 3 pagi semalam.
Pemeriksaan mendapati cermin kereta pecah, manakala bahagian bumbung kemik akibat hentakan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...