KANGAR, PERLIS – Polis sedang mengesan seorang warga Myanmar dikenali sebagai Mohd Ilyas bagi membantu siasatan berhubung penemuan dua guni yang mengandungi tulang manusia di kawasan berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, Kangar. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira dua bulan lalu apabila seorang lelaki yang sedang membersihkan kebun berhampiran kawasan berkenaan menemui sebuah guni yang telah reput. Pemeriksaan lanjut mendapati guni tersebut mengandungi tulang manusia. Sebuah lagi guni yang turut mengandungi tulang manusia kemudian ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi penemuan pertama. Polis mengesahkan penemuan berkenaan dan berdasarkan pemeriksaan terhadap tulang yang ditemui, dipercayai ia mempunyai kaitan dengan dua mangsa wanita. Individu yang sedang dikesan itu dipercayai memegang kad UNHCR dan kini dipercayai telah menghilangkan diri. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca dan keadaan sebenar kematian. Orang ramai yang mempunyai m...