Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal berkenaan sedang berhenti di lampu isyarat sebelum terlibat dalam pelanggaran dengan kenderaan lain.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.
Seorang lagi mangsa yang menaiki kereta turut dilaporkan mengalami kecederaan.
Menerusi rakaman video yang tular, kemalangan berkenaan didakwa berlaku selepas sebuah Perodua Bezza menukar lorong secara mengejut, manakala sebuah lori berada di lorong bersebelahan. Namun, punca sebenar kejadian masih tertakluk kepada siasatan pihak berkuasa.
Kejadian itu sekali lagi menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika menukar lorong dan memastikan keadaan sekeliling benar-benar selamat sebelum melakukan sebarang pergerakan.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah diucapkan kepada keluarga dan waris mangsa. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.
_6lu.png)