Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, berkata tangkapan dilakukan kira-kira jam 3.30 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok menerusi Op Dadu.
Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai baru seminggu menjalankan kegiatan sebagai ejen sebelum ditahan pihak polis.
Kes kini dalam siasatan polis bagi mengenal pasti kegiatan serta penglibatan suspek dalam operasi perjudian berkenaan.
Sumber: Utusan Sarawak
