Skip to main content

Posts

Remaja Tempatan Selamatkan Dua Pelancong Terjatuh Ke Sungai

TAMPARULI, SABAH – Tindakan pantas dan berani sekumpulan remaja tempatan di Tamparuli mendapat perhatian selepas mereka dipercayai membantu menyelamatkan dua pelancong yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Jambatan Tamparuli. Dalam kejadian itu, kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai tersalah arah selepas mengikuti panduan aplikasi navigasi sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam sungai. Situasi menjadi cemas apabila kenderaan berkenaan mula ditenggelami air. Tanpa menunggu lama, beberapa remaja tempatan termasuk Adik Afendy, Rafi dan rakan-rakan bertindak turun ke sungai bagi membantu mangsa. Mereka berjaya membawa keluar dua penumpang sebelum kenderaan tersebut dilaporkan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh kira-kira tiga minit. Keberanian anak-anak muda berkenaan mendapat pujian orang ramai kerana tindakan pantas mereka dipercayai membantu menyelamatkan nyawa mangsa dalam keadaan yang sangat mencemaskan. Syabas dan tahniah buat Afendy, Rafi serta rakan-rakan yang tampil membant...

Situasi Di Yaman kini Bertukar Menjadi All-Out War

Semalam, 4 Oktober 2026, Presiden Yaman (tajaan Saudi-As-israel), Rashad al-Alimi, secara rasmi mengumumkan operasi ketenteraan besar-besaran untuk merampas semula seluruh wilayah negara daripada kawalan kumpulan Houthi (Ansar Allah). Houthi berjaya menawan kawasan Al-Safiya dan memotong jalan raya utama Taiz-Aden. Ini merupakan sekatan ketenteraan untuk mengepung bandar. Taiz ialah bandar ketiga terbesar di Yaman. Ia menjadi rebutan kerana menghubungkan wilayah utara (kuasa Houthi) dengan wilayah selatan (kuasa kerajaan tajaan Saudi-As-israel) serta memberi laluan strategik ke pantai Laut Merah. Tentera kerajaan tajaan Saudi-AS-israel yang dibantu oleh puak tempatan sedang bertahan hebat di kawasan pergunungan Jabal Han (barat Taiz) bagi menghalang kemaraan Houthi. Houthi melancarkan peluru berpandu balistik dan dron jauh ke dalam wilayah Arab Saudi, mendakwa telah menyasar dan membakar fasiliti Saudi Aramco di Riyadh dan Khurais. Sebagai balasan, pakatan tentera yang dipimpin Saudi-A...

WANITA CEMAS DIKEJAR DAN DIKEPUNG

kOHOR. Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila keretanya didakwa dikejar dan dikepung beberapa penunggang motosikal di sekitar Taman Universiti, Skudai. Kejadian dipercayai bermula selepas seorang penunggang mendakwa motosikalnya dilanggar kereta wanita itu, sebelum rakannya menghampiri kenderaan berkenaan dan meminta bayaran ganti rugi. Bagaimanapun, wanita itu mendakwa tiada sebarang pelanggaran berlaku, malah percaya penunggang terbabit sengaja mengambil kedudukan di hadapan, tengah dan belakang kereta bagi memaksanya berhenti. Bimbang akan keselamatannya, wanita itu membunyikan hon untuk meminta bantuan orang awam sebelum menuju ke balai polis berhampiran. Detik berkenaan dirakam kamera papan pemuka bertarikh 2 September 2026. Abang pengadu mengesahkan laporan polis sudah dibuat dan rakaman berkenaan diserahkan bagi membantu siasatan.

Terpedaya Pinjaman Wang Berlesen, Suri Rumah Didakwa Terperangkap Dengan Ahlong

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah berbangsa Cina mendakwa dirinya terpedaya dengan tawaran pinjaman wang yang pada awalnya disangka sebagai pinjaman wang berlesen, namun akhirnya mendapati dirinya terperangkap dengan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau Ahlong. Menurut mangsa, jumlah pinjaman yang diterima adalah sekitar RM15,000. Bagaimanapun, akibat tekanan dan ugutan yang diterima, beliau bersama keluarganya didakwa telah membuat bayaran berjumlah lebih RM100,000. Walaupun jumlah bayaran yang dibuat sudah jauh melebihi jumlah pinjaman asal, mangsa mendakwa pihak Ahlong masih terus melakukan ugutan dan gangguan. Keadaan menjadi semakin serius apabila pihak berkenaan didakwa menyebarkan gambar mangsa yang telah disunting kepada ahli keluarga, menyebabkan mangsa berasa tertekan serta bimbang terhadap keselamatan diri dan keluarganya. Akibat tekanan yang dihadapi, mangsa mengambil keputusan untuk meninggalkan sementara suami dan anak-anak, dan kini tinggal bersama adik-beradiknya de...

Penduduk Kampung Gempar Seekor Gajah Muncul

KUALA NERUS: Penduduk Kampung Pengkalan Gelugor, Jeram Manir, dekat sini gempar apabila seekor gajah muncul dan 'meronda' di kawasan kampung itu untuk mencari makan sejak petang semalam. Muhammad Afwan Ibrahim, 27, berkata dia sekeluarga melalui detik cemas apabila gajah berkenaan dikesan sedang makan tebu di sebelah rumahnya. Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu turut menggemparkan penduduk apabila gajah berkenaan dikesan berkeliaran berhampiran kediaman penduduk sebelum bergerak ke kawasan lain. "Saya dapat panggilan mengenai gajah itu daripada ibu ketika hendak keluar, jadi saya terus berpatah balik ke rumah kerana risaukan keselamatan keluarga. Ketika sampai di pekarangan rumah, gajah itu masih berada berhampiran rumah sebelum bergerak ke bahagian dapur dan memakan tebu yang kami tanam," katanya. Beliau berkata, keadaan ketika itu agak cemas kerana terdapat bayi berusia tiga bulan iaitu anak saudaranya di dalam rumah. "Memang takut sebab ada ...

Video Cuba Halang Kereta, Wanita M4ut Dihempap Tiang Besi

KAJANG, SELANGOR. Seorang wanita m4ut selepas dihempap tiang besi yang tumbang selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di sebuah medan selera, Bandar Mahkota Cheras di sini, awal pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi pada Sabtu dan melibatkan sebuah kereta serta seorang pejalan kaki. Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta, seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu masuk ke ruang makan medan selera sebelum berpusing semula menghala keluar. “Dalam masa sama, mangsa, seorang wanita berusia 47 tahun, dipercayai berlari ke arah kenderaan berkenaan untuk menghalang atau menghentikannya. “Bagaimanapun, kereta tersebut melanggar sebatang tiang besi menyebabkan tiang berkenaan terbalik dan terkena kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Naazron berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan p4rah d...

๐Ÿ˜‚ Ribuan Peminat Ronaldo Tersalah Datang Majlis Perkahwinan Di Madeira!

Lebih 2,000 orang dilaporkan berkumpul di hadapan sebuah katedral di Madeira, Portugal, selepas menyangka Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodrรญguez bakal melangsungkan perkahwinan di situ. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡น๐Ÿ’ Namun, mereka sebenarnya tersalah lokasi! ๐Ÿ˜… Majlis tersebut merupakan perkahwinan pasangan biasa, Fรกbio Ramos dan Fatima Nicole Cunha Teixeira. Lebih melucukan, orang ramai turut mengerumuni sebuah kereta Rolls-Royce pengantin wanita kerana menyangka wanita berkenaan ialah Georgina. Pengiring pengantin terpaksa membuka laluan untuk membantu pengantin wanita masuk ke dalam gereja. Keadaan akhirnya terjawab apabila pihak gereja mengesahkan bahawa majlis perkahwinan tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan Ronaldo atau Georgina. ๐Ÿ˜‚