Kejadian dipercayai berlaku ketika trafik bergerak perlahan apabila sebuah kereta elektrik BYD Seal berwarna hitam merempuh sebuah motosikal dan sebuah Perodua Bezza. Impak rempuhan menyebabkan Perodua Bezza berpusing sebelum melanggar tiga kenderaan lain, iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi. Rakaman kejadian yang tular di media sosial turut mencetuskan perhatian orang ramai apabila kereta BYD berkenaan dilihat terus bergerak meninggalkan lokasi meskipun bahagian hadapan kanannya mengalami kerosakan teruk. Dalam kejadian itu, Asiah dilaporkan maut, manakala bapanya dan penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan. Pemandu BYD berusia 24 tahun itu kemudian berjaya dikesan polis. Dia dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta akibat gegaran otak. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang berkaitan dengan kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya. Tragedi ini pastinya memberi kesan ...