Skip to main content

Resort terbiar di Sungai Lembing jadi pusat 'scam' antarabangsa


PUTRAJAYA: Taktik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, dekat Kuantan, yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar, selepas premis berkenaan diserbu Imigresen, Isnin lalu.

Lebih mengejutkan, sindiket terbabit dipercayai membayar sewa kira-kira RM30,000 sebulan untuk menjadikan premis itu sebagai markas operasi dilengkapi kemudahan internet.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi khas Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen, dengan kerjasama Jabatan Imigresen Negeri Pahang itu diadakan selepas risikan sebulan.

Beliau berkata, 98 individu ditahan membabitkan 95 warga asing dan tiga warga tempatan, termasuk pemilik pusat peranginan berkenaan.
Disyorkan

"Daripada jumlah itu, 84 lelaki dan empat wanita ialah warga China; seorang lelaki serta seorang wanita Myanmar; masing-masing seorang wanita Indonesia, Hong Kong, Vietnam, Kemboja dan Russia.

"Kita turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik pusat peranginan itu, serta seorang lelaki dan seorang wanita tempatan dipercayai bekerja di situ," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Zakaria berkata, semua ditahan berusia antara 20 hingga 75 tahun dan dipercayai terbabit dalam operasi sindiket berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan 49 pasport China, selain masing-masing satu pasport Myanmar, Kemboja, Indonesia, Hong Kong dan Rusia serta satu Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) Indonesia.

"Turut dirampas, 100 telefon bimbit, 120 set komputer, satu sistem kamera litar tertutup (CCTV), sembilan bungkusan kad SIM yang belum digunakan, wang tunai RM5,000 serta 11 set peralatan telekomunikasi Starlink dipercayai digunakan sebagai talian internet.

"Pusat peranginan ini sebenarnya sudah ditutup dan mengikut rekod, kali terakhir ia beroperasi adalah pada 2025.

"Lokasinya agak terpencil dan sindiket ini turut menggunakan individu tertentu sebagai tonto untuk memantau sebarang pergerakan keluar masuk ke kawasan itu," katanya.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai mempunyai modus operandi berpindah-randah dari satu negara ke negara lain bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai menjalankan operasi selama 24 jam menggunakan sistem syif dan sudah beroperasi di lokasi terbabit sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Mengulas penggunaan Starlink, beliau berkata, internet satelit itu dipercayai digunakan sindiket bagi mengelak pengesanan menerusi rangkaian telekomunikasi tempatan.

Katanya, individu ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...