Skip to main content

Posts

Anwar Ke Mahkamah Cabar Keputusan Kerajaan

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menggantung parlimen dalam tempoh darurat. Antara lain Anwar memohon deklarasi dari mahkamah bahawa nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung parlimen dalam tempoh darurat adalah bertentangan undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan. "Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan Perdana Menteri (melalui Jemaah Menteri) untuk Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut. "Nasihat Perdana Menteri tersebut adalah dikatakan bertentangan undang-undang ,” kata peguam Anwar, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan hari ini. Tuntutan sama difailkan Khairuddin Abu Hassan minggu lepas, antara lain meminta mahkamah memutuskan apakah nasihat M...

Kes Najib Ditangguh Lagi

Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar di Mahkamah Tinggi esok, seperti yang dijadualkan. Pada 12 Jan lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dilaporkan berkata semua perbicaraan dan pendengaran kes jenayah di mahkamah terbuka yang dijadualkan dari 13 hingga 26 Jan ditangguhkan, selaras dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. Ini menyebabkan kes berprofil tinggi termasuk yang melibatkan bekas perdana menteri itu serta bekas timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditangguh kerana tarikh perbicaraan mereka jatuh dalam tempoh PKP. Bagaimanapun, pada 20 Jan, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengeluarkan arahan, iaitu walaupun kerajaan menguatkuasakan PKP, semua prosiding kes jenayah termasuk yang berkepentingan awam seperti rasuah dan jenayah komersial, ...

Isu Calon PM Ini Kata Tok Mat, "Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Dari COVID"

"Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu 'lebih cepat' tersebar berbanding virus COVID-19. Berhati-hatilah." Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu perkongsian di laman Instagram beliau pada Ahad yang menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipilih sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat memberitahu bahawa dakwaan itu adalah berita palsu. Dalam masa yang sama Tok Mat turut memaklumkan perkara berkenaan di laman akaun Twitter rasmi beliau @TokMatHasanN9 hari ini. Menerusi paparan itu, nama Tok Mat dikatakan telah disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri bagi MN dan telah mendapat undian tertinggi berbanding calon-calon lain pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. -  Astro AWANI

Darurat Tidak Perlu, Ramai Takut Nak Bersuara - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ramai pihak berpandangan darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu adalah tidak perlu. Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata mereka berada dalam ketakutan untuk menyuarakan pendapat mereka. "Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan, mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka. "Mereka takut kerana Kerajaan penuh kuasa dan boleh buat apa sahaja kepada mereka, denda sebanyak RM5 juta dan penjara 10 tahun serta tidak boleh dapat perlindungan undang-undang," tulis Dr Mahathir di blognya, chedet.cc, pada Isnin. Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau cuba menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh berbuat demikian namun pihak yang menemuinya itu tetap berasa bimbang. "Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik, mereka tolak," ujarnya. Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan...

Kemungkinan Akan Ada Kerjasama Dengan PH - Zahid Hamidi

UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri ini. Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu dapat dikekalkan. "Namun, kita tahu kenyataan Setiausaha Agung Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jadi satu pendekatan akan diambil oleh UMNO dan BN bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu. "Tetapi ia akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang akan terbentuk merupakan kerajaan yang lebih kukuh dukungannya. "Oleh itu, saya akan kemukakan cadangan nama kepada Sultan Perak untuk perkenan Tuanku dan Tuanku yang akan tentukan secara mutlak. "Kerana, itu kuasa Tuanku sepenuhnya bagi menentukan siapa yang akan diperkenankan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini. Terdahulu, be...

UMNO Dijangka Bentuk Kerajaan Perak Bersama AMANAH, PKR Dan DAP

Selepas hampir tiga jam bermesyuarat, tiada seorang pemimpin UMNO buka mulut untuk mengulas pasca Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Perak. Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara individu yang awal meninggalkan mesyuarat itu. Antara pemimpin pusat lain termasuk Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria. Kesemua mereka selesai bermesyuarat sekitar jam 10.15 malam. Ia disusuli mesyuarat melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang selesai jam 11 malam. Pada Ahad, Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi. UMNO dijangka membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak susulan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu ditolak oleh majoriti wakil rakyat sewaktu undi diadakan untuk menentukan sok...

Maszlee Keluar Parti Pejuang: Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Percaturan Kuasa

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam. "Usaha dalam gerakan perubahan pendidikan akan diteruskan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas serta menerusi ruang aktivitisme dan kerja-kerja kemanusiaan di bawah rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain. "Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Terdahulu, pelbagai persoalan timbul apabila kenyataan media dari parti Pejuang bertarikh 1 November dikeluarkan tanpa nama Maszlee dan hanya menyenaraikan nama empat Ahli Parlimen Bebas dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Langk...