Skip to main content

UMNO Dijangka Bentuk Kerajaan Perak Bersama AMANAH, PKR Dan DAP


Selepas hampir tiga jam bermesyuarat, tiada seorang pemimpin UMNO buka mulut untuk mengulas pasca Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Perak.

Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara individu yang awal meninggalkan mesyuarat itu.

Antara pemimpin pusat lain termasuk Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria.

Kesemua mereka selesai bermesyuarat sekitar jam 10.15 malam.

Ia disusuli mesyuarat melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang selesai jam 11 malam.

Pada Ahad, Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi.

UMNO dijangka membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak susulan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu ditolak oleh majoriti wakil rakyat sewaktu undi diadakan untuk menentukan sokongan ke atasnya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat.

Menurut sumber yang rapat dengan UMNO Perak, kerajaan bersama UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP itu akan dibentuk dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad pula disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.

"Setakat ini kerajaan baru, kerajaan UMNO dan Pakatan Harapan dengan MB-nya dari UMNO, kemungkinan besar Saarani," kata sumber yang enggan namanya didedahkan itu.

Sebelum ini portal Suaratv melaporkan Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari ADUN BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi menteri besar.

Difahamkan lima ADUN dari Amanah juga telah bersetuju memberikan sokongan menerusi akuan bersumpah kepada Saarani untuk dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Ahmad Faizal. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...