Skip to main content

Posts

Shahidan Sah Jadi Taruhan Di Arau

Teka-teki berhubung nasib penyandang parlimen Arau, Shahidan Kassim yang tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-15 kali ini, terjawab malam ini. Ini selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis Mohd Shukri Ramli mengumumkan 'orang lama' Umno Perlis itu akan mempertahankan kerusinya melalui tiket PN. Pada PRU ke-14 Shahidan memenangi parlimen Arau dengan majoriti 4,856 undi menewaskan calon PH dan PAS. Shahidan juga pernah menjadi menteri besar Perlis pada 1995 hingga 2008 dan pengerusi BN negeri. Sementara itu, Mohd Shukri berkata Shahidan tidak dapat hadir ke majlis pengumuman yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis di Kangar, malam ini. Menurutnya menteri Wilayah Persekutuan sementara itu kini berada di Terengganu untuk menemui Presiden PAS Abdul Hadi Awang. "Boleh jadi pengumuman sama juga akan dibuat di satu program pengumuman calon PN di Terengganu," katanya. Terdahulu BN dilaporkan tidak mencalonkan Shahidan sebaliknya menampilkan 'anak ...

kelebihan Solat Sunat Sebelum Subuh

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya: لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah memberi perhatian terhadap amalan-amalan sunat sebesar perhatian Baginda terhadap (solat sunat) dua rakaat Fajar.” Nabi sangat cintakan solat sunat sebelum subuh Solat sunat sebelum subuh juga dikenali sebagai solat qabliyyah subuh atau solat sunat fajar. Ia dinamakan sebagai Nafl kerana merupakan salah satu solat tambahan kepada solat-solat yang telah difardukan oleh Allah SWT. Menurut Ibn al-Qayyim, katanya: Penjagaan Baginda SAW terhadap sunat Rawatib subuh melebihi seluruh solat sunat. Baginda SAW tidak pernah meninggalkan sunat rawatib subuh dan solat Witir sama ada ketika melakukan perjalanan musafir atau ketika bermukim. Ketika perjalanan musafir, Baginda SAW sentiasa menjaga dan melaksanakan sunat Rawatib Subuh dan Witir melebihi seluruh solat...

Perbicaraan Kes Rasuah, Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Zahid Hamidi Ditangguh Ke Tahun Depan

Perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi. Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah melapangkan tarikh pendengaran itu hari ini dan esok serta 9 dan 10 Nov selepas peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu. Hakim menetapkan 21 hari untuk perbicaraan iaitu 16-19 Jan, 30-31 Jan, 7-9 Feb, 27-30 Mac, 10-13 April dan 15-18 Mei. Terdahulu, Hisyam berkata pihak pembelaan memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu sementara menunggu keputusan rayuan Ahmad Zahid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan keterangan rekod 15 saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).   Dia berkata rayuan itu dijadual didengar pada 14 Nov di Mahkamah Rayuan. “Apa sahaja keputusan Mahkamah Rayuan, ini akan membantu pihak pembelaan menentukan saks...

Zahid Hamidi Orang Yang Pecah Amanah, Menipu Ada Kes Mahkamah Dia Tak Layak Memilih Calon BN

Penyandang kerusi parlimen Arau Shahidan Kassim masih berteka-teki berkaitan lambang yang akan digunakannya untuk bertanding dalam pilihan raya umum 19 November ini. Ketika dihubungi Malaysiakini, calon yang digugurkan BN itu hanya memberitahu hanya tiket “penyatuan Umno, Bersatu dan PAS" yang tersedia untuknya sekarang. “Bertanding atas (tiket) apa tu awak interpret (tafsir) sendirilah tapi PAS akan sokong saya, Umno akan sokong saya, Bersatu akan sokong saya. Parti apa? Fikir-fikirkanlah,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, pencalonnya kali ini sebagai tanda penetangan terhadap Zahid yang menggugurkannya. “Saya akan menjadi calon menentang Zahid Hamidi. “Saya tak menentang dia (calon BN Arau), saya akan menentang Zahid Hamidi sebab Zahid Hamidi ialah seorang yang pecah amanah, menipu dan dia ada kes mahkamah (jadi) dia tak layak memilih calon. Semalam, Shahidan yang merupakan antara sekurang-kurangnya 12 nama penyandang yang tidak dicalonkan dalam PRU15, berikrar untuk...

Senarai Penuh Nama Calon Perikatan Nasional PRU15

Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini. Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata daripada 169 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan itu, Bersatu akan bertanding di 74 kerusi, PAS (64), Gerakan (20) dan Bersekutu (11). Bagi peringkat DUN yang melibatkan Pahang, Perlis dan Perak, beliau berkata PAS bertanding 57 kerusi, Bersatu (41), Gerakan (14) manakala Bersekutu (empat). “Perkara ini telah kita putuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan akan umum bakal calon bertanding kecuali bagi Kelantan dan Terengganu akan umum pada satu tarikh lain sama ada esok atau lusa,” katanya pada majlis pengumuman calon PN pada PRU15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, malam ini. Senarai calon PN: PERLIS P001 Padang Besar - Rusydan Rusmi P002 Kangar - Zakri Hassan N.01 Titi Ti...

Senarai Penuh Nama Calon Barisan Nasional PRU15

KUALA LUMPUR: Spekulasi hangat tentang nasib beberapa panyandang kerusi Barisan Nasional (BN) terjawab hari ini selepas Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan senarai nama calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Antara calon yang kekal ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar sementara Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Zahidi Zainul Abidin digugurkan. Berikut adalah senarai calon BN yang akan bertanding pada PRU15. Namun, terdapat beberapa calon yang masih belum diumumkan. PARLIMEN Perlis P.001 PADANG BESAR – ZAHIDA ZARIK KHAN P.002 KANGAR – FATHUL BARI MAT JAHYA P.003 ARAU ROZABIL ABD RAHMAN Kedah P.004 LANGKAWI – ARMISHAH SIRAJ P.005 JERLUN -OTHMAN AZIZ P.006 KUBANG PASU – HASMUNI HASSAN P.007 PADANG TERAP – MAHDZIR KHALID P.008 POKOK SENA – NORAN ZAMINI JAMALUDDIN P.009 ALOR SETAR – TAN CHEE HIONG P.010 KUALA KEDAH – MASHITAH IBRAHIM P.011 PENDANG – SURAYA YAACOB P.012 JERAI – JAMIL KHIR B...

Annuar Musa 'Dipancung' Di Ketereh, Ustaz Kazim Bertanding Kerusi Parlimen Larut

BN mempertaruhkan penceramah Mohd Kazim Elias atau dikenali dengan gelaran Ustaz Kazim untuk bertanding kerusi parlimen Larut di Perak. Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula akan bertanding di Grik manakala Shamsul Annuar Nasarah pula akan bertanding di Lenggong. Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan hal ini pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum ke-15 di WTCKL, malam ini. Sementara itu, Ahmad Zahid juga akan mempertahankan kerusi Bagan Datuk. Mohd Arif Abd Majid pula diletakkan bertanding di Padang Rengas, menggantikan penyandang kerusi itu Nazri Aziz. Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim dan penyandang parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin tiada dalam senarai calon BN yang diumumkan malam ini. Parlimen Padang Besar akan ditandingi Zahida Zarikh Khan manakala kerusi Arau yang disandang Shahidan akan ditandingi Rozabil Abdul Rahman. Sementara itu, Kangar pula akan ditandingi Fathul Bari Mat Jaya. Di Kelantan, sebagaimana yang disepekulas...