Skip to main content

Zahid Hamidi Orang Yang Pecah Amanah, Menipu Ada Kes Mahkamah Dia Tak Layak Memilih Calon BN


Penyandang kerusi parlimen Arau Shahidan Kassim masih berteka-teki berkaitan lambang yang akan digunakannya untuk bertanding dalam pilihan raya umum 19 November ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, calon yang digugurkan BN itu hanya memberitahu hanya tiket “penyatuan Umno, Bersatu dan PAS" yang tersedia untuknya sekarang.

“Bertanding atas (tiket) apa tu awak interpret (tafsir) sendirilah tapi PAS akan sokong saya, Umno akan sokong saya, Bersatu akan sokong saya.

Parti apa? Fikir-fikirkanlah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pencalonnya kali ini sebagai tanda penetangan terhadap Zahid yang menggugurkannya.

“Saya akan menjadi calon menentang Zahid Hamidi.

“Saya tak menentang dia (calon BN Arau), saya akan menentang Zahid Hamidi sebab Zahid Hamidi ialah seorang yang pecah amanah, menipu dan dia ada kes mahkamah (jadi) dia tak layak memilih calon.

Semalam, Shahidan yang merupakan antara sekurang-kurangnya 12 nama penyandang yang tidak dicalonkan dalam PRU15, berikrar untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Apabila ditanya sama ada ia merupakan Muafakat Nasional, dia mengiyakannya.

“Ya, Muafakat Nasional. Tak kiralah parti apa, yang paling penting saya akan dapatkan sokongan yang dahsyat,” katanya sambil menambah dia tidak takut dengan tindakan yang akan dikenakan Umno terhadapnya.

Dia mendakwa ini kerana Zahid sebagai presiden parti turut melanggar pendirian parti dengan menyokong Anwar sebelum ini.

Shahidan juga enggan mendedahkan secara terperinci berhubung sokongan daripada pemimpin kanan dari PAS dan Bersatu yang dimaksudkan itu.

“Siapa yang kanan (dalam PAS, Bersatu)? Kira itulah.

“Saya mendapat sokongan daripada semua pemimpin kanan dan kiri daripada PAS dan Bersatu, dan juga saya mendapat sokongan yang padu daripada puak-puak Umno sebab saya duduk di sini (Arau), saya orang kawasan,” katanya lagi.

Terdahulu, penyandang kerusi parlimen Ketereh Annuar Musa yang turut digugurkan sebagai calon memberi bayangan yang sama seperti Shahidan.

Menusi satu hantaran di Facebook, Annuar memuatnaik tangkap layar laman web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menunjukkan barisan kepimpinan MN, di mana dia merupakan presidennya

“Insya-Allah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak ke arah perpaduan dan penyatuan ummah.

“Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa. Kita kuat jika bersatu padu. Berdiri dalam saf yang dipimpin dengan jelas hala tuju, kepimpinan bermutu. Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yang terbilang,” katanya.
Terdahulu, Sinar Harian memetik pengerusi PN Perlis Mohd Shukri Ramli sebagai berkata kekosongan nama calon di Arau untuk memberi laluan kepada bekas menteri besar Perlis itu.

Katanya, nama Shahidan dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat pusat masih belum dimuktamadkan.

“Kerusi Parlimen Arau ini adalah milik PAS. Sebelum ini, kita sudah hantar senarai nama yang sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau.

“Berdasarkan situasi sekarang, kita akan beri laluan kepada Shahidan sebab dia adalah calon boleh menang. Paling penting pada kami adalah memenangi sebanyak kerusi pada PRU15,” katanya. - Malaysia Kini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...