Skip to main content

Posts

UMNO Wajar Berundur, Bersatu Tidak Layak Sertai Pakatan Muafakat Nasional - Ku Li

Pemimpin Umno yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional (PN) wajar menarik diri daripada kerajaan, menurut Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak menganggotai Pakatan Melayu Islam yang didokong oleh Muafakat Nasional (MN) ekoran pengumuman pucuk pimpinan itu yang sedia menerima penyertaan bukan Melayu sebagai ahlinya. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli UMNO yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional agar berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang. “Ini (berundur) patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar. “Ia juga seperti kedudukan muda-mudi yang susah mencari pekerjaan dalam kita menghadapi pandemik COVID-19 yang mengancam negara pada masa ini,” jelas Tengku Razalegh dalam kenyataan yan...

Terima Mesej Dari Bomoh, Kata Saksi Kes Inkues Nora Anne

SEREMBAN - Saya ada terima maklumat daripada seorang rakan kepada ahli keluarga Nora Anne yang menyatakan menerima mesej menerusi WhatsApp daripada bomoh, kata seorang saksi prosiding inkues bagi mengetahui punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner di sini, hari ini. Pegawai Turus Bahagian Jenayah Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Asisten Superintendan Chong Meei Chyi, saksi keempat pada prosiding yang masuk hari keempat hari ini, memberitahu mesej yang diterima lelaki berkenaan, antara lain berkaitan tentang keberadaan serta perasaan yang dialami remaja itu daripada beberapa bomoh di luar negara. "Saya ada bertanya Dominic (yang merupakan rakan kepada bapa saudara Nora Anne) daripada mana dia mendapat mesej berkenaan dan memaklumkan bahawa dia memperoleh daripada kawan dan saudara-mara. Terdapat tiga mesej menyatakan Nora Anne diikuti oleh some people di lapangan terbang (KLIA) dan Nora masih hidup. ...

Lelaki Ini Terima Padah Hina Yang di-Pertuan Agong

Seorang lelaki didenda RM16,000 terhadap empat pertuduhan, melakukan hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menggunakan akaun Twitter,   Sufazrin Amin Ismail, 26 merupakan seorang pemandu perkhidmatan  membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Mac lalu. Menurut laporan Sinar Harian, Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sufazrin Amin Ismail, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah. Tertuduh juga boleh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda. Bagi setiap pertuduhan, Hakim M. M Edwin menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan jika tertuduh gagal membayar denda itu tetapi OKS membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Sufazrin Amin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui aplikasi Twitter ...

Campak Dalam Sungai

LAMPUNG: Dua Lelaki ditahan kerana didakwa membunuh seorang remaja hamil sebelum bertindak kejam memgikat kedua-dua tangan untuk 'perubatan mistik' sebelum menolaknya ke dalam sungai. Menurut laporan Astro AWANI, Remaja perempuan berusia 16 tahun itu ditemui mati dengan tangan berikat di sebatang sungai  Kejadian barilaku di Desa Rejo Agung, Kecamatan Tegineneng, Indonesia. Mayat mangsa yang didapati hamil enam bulan itu ditemukan penduduk tempatan yang melaporkannya kepada pihak berkuasa. Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai didalangi teman lelaki mangsa sendiri dan dibantu rakannya. Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan polis untuk disoal siasat. Polis dalam satu kenyataan berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) itu, suspek yang merupakan teman lelaki mangsa bersama rakannya itu telah menjemput mangsa ke sungai. Mangsa kemudian dipujuk agar diikat kedua-dua tangan untuk 'perubatan mistik' sebelum suspek menolaknya ke dalam sungai dan ...

Tanda-Tanda Hati Dah Kotor, Ya Allah Jauhkan Aku Dari Sifat-Sifat Ini

Seorang Muslim yang sentiasa mahu menjadi baik akan selalu memperbaiki dirinya dan menambah pengetahuan dengan ilmu agama untuk meningkatkan identiti supaya lebih menyerlah imej sebagai Muslim yang bermanfaat dunia serta akhirat. Hati kotor atau hati yang berpenyakit sukar untuk disedari, apatah lagi untuk dirawati. Rahsia untuk menyedari hati kotor ialah jangan sebok orang lain, tetapi sebok diri sendiri.  1. Gelisah walaupun tiada masalah. 2. Selalu berbangga dengan diri sendiri. 3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain. 4. Tidak amanah dan mungkir janji. 5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya. 6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain. 7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya. 8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang. 9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran. 10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang. 11. Menyampaikan ilmu dengan riak. 12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain. 13. Berpakai...

10 Penemuan Sejarah Misteri Yang Belum Terungkai

Sejaran Dunia mengandungi pelbagai misteri mengejutkan yang masih tidak dapat dirungkai. Tiada siapa pun di antara kita yang mampu untuk hidup lama bagi melihat sendiri bagaimana penemuan kepada misteri-misteri ini diselesaikan. Pelbagai kajian dan berbagai persoalan yang masih belum ada jawapan. Berikut merupakan beberapa perkara menarik yang masih menjadi misteri di dalam sejarah dunia. 1 Burung Moa Burung Moa merupakan spesies burung yang tidak boleh terbang dan pernah mendiami New Zealand pada suatu masa dahulu. Burung ini telah pupus sekitar tahun 1500. Menurut teori, kepupusan burung ini adalah berpunca daripada pembunuhan yang dilakukan oleh kaum Maori. satu ekspedisi yang dijalankan pada abad ke-20, para saintis telah menemui kuku haiwan gergasi ini dan telah mengawetnya 2 Kompleks Kuil Saksaywaman, Peru   Batu binaan kompleks kuil zaman purba ini telah dibina dengan sangat sempurna. Dikatakan, sehelai kertas pun sukar untuk menembusi celahan batuan tersebut. Setiap b...

Guna Air Paip Ganti Sanitizer Lelaki Ini Terima Padah

Tindakan pengawal sebuah pasar awam di Kulim Kedah yang bertindak guna air paip bukannya cecair pembasmi kuman menerima padah  Dia akhirnya dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard, SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Lelaki berusia 38 tahun itu dikenakan tindakan di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim, peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 di Kedah ketika ini amat membimbangkan. Justeru, beliau berharap semua pihak mematuhi SOP ditetapkan bagi mengekang penularan wabak ini. Katanya, pemantauannya di beberapa pasar dan premis mendapati tahap kesedaran orang awam amat tinggi kerana menyedari cara jangkitan COVID-19 yang begitu pantas selain memberi tumpuan kepada kawasan jangkitan dilaporkan berlaku. "Kita kesan ada peniaga yang tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dengan sebaiknya, jadi langkah- langkah ini perlu dilakukan seperti saranan keraj...