Skip to main content

Posts

Padah Berkahwan Dengan Isteri Orang

Gambar Hiasan Tidak cukup dibelasah, seorang lelaki dikatakan turut diperas ugut sehingga kerugian kira-kira RM1,000, gara-gara berkawan dengan isteri orang. Malahan, mangsa dikatakan turut dipaksa oleh suami rakan wanitanya itu untuk membuat pengakuan kononnya kedatangannya ke rumah kerana mahu merogol isterinya, dan suspek merakamkan video berkenaan. Sumber berkata, kejadian bermula Jumaat lalu, apabila mangsa berusia 25 tahun diminta datang ke rumah wanita itu di daerah ini kira-kira jam 5 pagi. Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa tidak menyangka suami wanita itu turut berada di rumah, lalu meminta maaf kerana berhubung dengan isterinya. Sumber berkata, permohonan maaf mangsa kemudian dibalas dengan tindakan agresif suami wanita itu yang dikatakan bertindak mengikat tangan mangsa pada kerusi. “Selepas mengikat mangsa, suspek bertambah agresif apabila mula menumbuk dan membelasah lelaki itu. Tidak cukup itu, suspek dikatakan turut meminta mangsa men...

Gerhana Matahari: Rusa Berkumpul, Ular Tidak Bergerak, Monyet Berdiam

JOHOR BAHRU - Gerhana matahari anulus atau cincin yang berlaku hari ini didapati turut mempengaruhi perilaku haiwan. Pemerhatian sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor, di sini semasa fenomena itu mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya. “Ular menjadi pilihan untuk dilakukan pemerhatian kerana sifat haiwan itu yang sensitif terhadap perubahan alam. Berdasarkan pemerhatian, haiwan itu bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak. "Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi tadi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana,” kata Nur Rabiatuadawiyah Baharul Azidi, 25, salah seorang daripada lima pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik yang terlibat dalam pemerhatian itu. Pelajar berkenaan memulakan pemerhatian pada jam 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemun...

Suami Isteri Hembus Nafas Akhir Bersama Di Tanah Suci

KOTA BHARU: Ke mana sahaja sentiasa bersama, dan jarang berpisah... Hingga ke akhir nyawa. Itulah yang digambarkan bagi sepasang suami isteri yang meninggal dunia di Tanah Suci selang dua hari antara satu sama lain, sewaktu mereka menunaikan ibadat umrah. Ismail Latif, 66 tahun, meninggal pada jam 11 pagi waktu tempatan Isnin lepas manakala isterinya, Rohani Dollah, 60 tahun, meninggal dunia jam 2 petang Rabu sewaktu berada di kota Madinah. Menurut khabar yang diterima oleh pihak keluarga, Ismail mengalami demam manakala isterinya mengalami tekanan darah tinggi. “Sihat walafiat, (mereka) tak ada penyakit selama ni kerana memang aktif buat pemeriksaan kesihatan. Mereka memang segar dan aktif, baik di rumah atau di masjid. Mak ada darah tinggi. Mungkin dia terkejut dengan (pemergian) ayah. “Mungkin dia fikir sedih nak tinggal ayah, jadi mungkin fikir banyak sampai dia pun mengadap Ilahi. Kami redha dengan pengakhiran baik ayah bersama dengan emak. (Mereka) sehidup semati...

Bekas Wartawan Utusan Kini Jual Popcorn

SELEPAS syarikat Utusan (M) Malaysia Sdn Bhd gulung tikar, bekas petugasnya kini melakukan pelbagai usaha untuk meneruskan kelangsungan hidup. Suara Merdeka terbaca di portal berita Kliq News seorang wartawan Utusan Malaysia, Mohd Iswan Shafiq Mat Isa telah mengusahakan perniagaan popcorn secara kecil-kecilan. Pengusaha popcorn kecil-kecilan, Mohd Iswan Shafiq Mat Isa, 35, atau Iswan yang terlibat dengan perniagaan itu secara sambilan sejak beberapa bulan lalu. Menurut Iswan yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Utusan Malaysia selama sembilan tahun sebelum ini, kegagalan mengawal masa mungkin menyebabkan popcorn yang dimasak itu sedikit hangit sekaligus menjejaskan kualiti makanan tersebut. Buat masa ini, popcorn tersebut dijual di kedai-kedai makan berhampiran rumahnya selain dibuat berdasarkan tempahan online untuk dijadikan cenderamata, kudapan semasa jamuan atau keraian. Menurut Iswan, dia dan isterinya bercadang untuk menghasilkan popcorn yang lebih menarik pada ma...

Pak Cik Lakukan Amang Seksual Dengan Anak Saudara Berusia 6 Tahun

AMPANG: Seorang juruanalisis pendataan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia enam tahun dengan menyuruh mangsa memegang kemaluannya. Tertuduh berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azrul Darus. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia enam tahun tujuh bulan dengan menyuruh mangsa memegang kemaluannya bagi maksud seksual di dalam bilik tidur, di sebuah rumah di Taman Maju Jaya, Fasa 3, di sini, pada 11 Disember lalu, jam 4.30 petang. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim, tidak menawarkan sebarang jaminan keran...

Harap Mira Tak Kahwin Awal, Mira Berbaza Dengan Artis Lain - Fadzil Teh

Penerbit drama, Fadzil Teh, berharap Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah, tidak membuat keputusan untuk berkahwin awal ketika namanya sedang mekar di arena seni. Kata pemilik rumah produksi Zeel Production berkenaan, pelakon drama Adellea Sofea siaran TV3 itu mempunyai potensi untuk terus kekal relevan di persada hiburan. “Kalau boleh, saya berharap Mira tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga ketika nama sedang meniti di bibir peminat. Dia sebaliknya boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar. “Baru-baru ini, saya ada terbaca cerita dia kini mengenali hati budi seseorang. Harapnya, tidaklah dia sampai membuat keputusan berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, soal jodoh tetap rahsia Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya. “Saya cuma berpendapat, dia boleh terus mencipta nama di pentas seni untuk tempoh beberapa tahun lagi,” kata Fadzil. Produser terbabit turut memuji pekerti pengacara Nona...

Dikecam Buat Muka Macam Punxxk, Ini Penjelasan Fasha Sandha

AKTRES jelita Fasha Sandha tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengatakan dirinya sombong untuk bergambar dengan seorang peminat yang bernama Siti Sara. Tegas Fasha populariti bukan kepentingannya kerana keselamatan dirinya serta anak-anak perlu diutamakan. "Assalamualaikum, ini gambar diambil secara curi dan posting ni dibuat oleh Siti Sara di Facebook (mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat) "Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. "First of all, terima kasih Siti Sara di atas posting ini. "Ingin saya jelaskan di sini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah, sebab fokus utama saya adalah anak-anak bukan undi anugerah. "Ingin saya jelaskan di sini ya, ya saya memang berubah menjadi sombong di situasi ini, demi keselamatan saya dan anak-anak. "Peminat yang tak faham tentang saya, sila hadam jawapan saya jangan gan...