Skip to main content

Harap Mira Tak Kahwin Awal, Mira Berbaza Dengan Artis Lain - Fadzil Teh

Penerbit drama, Fadzil Teh, berharap Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah, tidak membuat keputusan untuk berkahwin awal ketika namanya sedang mekar di arena seni.

Kata pemilik rumah produksi Zeel Production berkenaan, pelakon drama Adellea Sofea siaran TV3 itu mempunyai potensi untuk terus kekal relevan di persada hiburan.

“Kalau boleh, saya berharap Mira tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga ketika nama sedang meniti di bibir peminat. Dia sebaliknya boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar.

“Baru-baru ini, saya ada terbaca cerita dia kini mengenali hati budi seseorang. Harapnya, tidaklah dia sampai membuat keputusan berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, soal jodoh tetap rahsia Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.

“Saya cuma berpendapat, dia boleh terus mencipta nama di pentas seni untuk tempoh beberapa tahun lagi,” kata Fadzil.

Produser terbabit turut memuji pekerti pengacara Nona itu yang dianggapnya sebagai artis ‘tak sombong’, selain berpesan agar Mira sentiasa kekal dengan sikap merendah diri saat nama mendaki tangga populariti.

Katanya lagi, Mira, 26, antara artis yang senang memberikan kerjasama, malah tidak lokek untuk mempromosikan naskhah lakonannya di laman sosial.

“Pendek kata, dia artis yang tidak berkira sangat dalam bab mempromosikan drama lakonan sendiri di laman sosial. Bahkan, dia sendiri yang selalu meminta bahan hebahan daripada penerbit untuk dikongsi bersama pengikutnya,

“Dia berbeza dengan sesetengah artis yang sangat berkira, malah enggan membuat promosi drama lakonan sendiri di Instagram.

“Sikap mereka memang membuatkan saya geram. Kalau tiada lagi tawaran lakonan diterima golongan pelakon seperti itu, selepas ini, jangan salahkan penerbit atau stesen televisyen. Kena cermin balik diri sendiri,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...