Skip to main content

Posts

Video: Punca Pergaduhan Di Hospital Sultan Ismail.

Perbalahan mulut serta pengaruh alkohol dipercayai punca berlakunya kekecohan dan pergaduhan di sebuah kelab malam di Mount Austin dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, pergaduhan dipercayai tercetus apabila tiga lelaki bersama beberapa rakannya mahu keluar dari premis hiburan berkenaan telah berlanggar bahu dengan sekumpulan lima lelaki lain di kawasan itu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, ekoran itu berlakunya perbalahan mulut dan tidak puas hati antara dua kumpulan tersebut yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. “Berlaku pergaduhan di hadapan kelab malam tersebut, sebelum tiga lelaki yang merupakan mangsa melarikan diri ke unit kecemasan HSI untuk melihat dua lagi rakannya yang cedera. “Selepas tiba di pekarangan hospital, empat lelaki yang turun daripada kereta jenis Perodua Myvi dengan bersenjatakan kayu hoki dan rotan telah menyerang kesemua mangsa selain ...

UMNO Sudah Tidak Demokratik, Mementingkan Diri - Syed Hamid Keluar Parti.

Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad. Menurut Syed Hamid beliau kecewa dengan perjuangan UMNO hari ini menegaskan ideologi serta falsafah parti itu sudah diselewengkan. Menurutnya lagi, UMNO sudah tidak demokratik, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, malah lebih parah parti itu mementingkan diri sendiri. Beliau yang secara rasminya mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa hari ini berkata, tidak boleh lagi berpura-pura semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Malah, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika dihubungi wartawan NSTP memberitahu telah diminta untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). "Mereka (PPBM) minta saya masuk Bahagian Kota Tinggi kerana saya telah berada di Kota Tinggi selama tiga dekad. "Apa pun bergantung pada pucuk pimpinan PPBM peringkat pusat untuk menentukannya," katanya ketika ...

Kerajaan Akan Jual Barangan Yang Dirampas Dari Najib.

Sudah pasti rakyat Malaysia terjut selepas mendengar jumlah rampasan milik bekas perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib dan Isterinya Datin Seri Rosmah yang bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion. Menurut laporan Malaysiakini, Kerajaan akan berusaha menjual kebanyakan barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Bercakap kepada Associated Press (AP) dalam temu bual hari ini, Lim berkata barangan yang dianggarkan bernilai sehingga RM1.1 bilion itu, hanyalah sebahagian kecil daripada RM50 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB yang ditubuhkan Najib. "Kita akan berusaha menukarkan kepada wang apa sahaja yang kita perolehi tetapi ingat ini sebenarnya tiada apa berbanding jumlah yang telah dirompak dari negara ini," katanya dipetik sebagai berkata. Lim berkata beliau turut terkejut dengan rampasan yang dilakukan pihak polis. Beliau merujuk kepada p...

Keluarga Najib Bersedia Nak Tuntut Barangan Rampasan Dalam Masa Terdekat

Sudah pasti rakyat Malaysia terjut selepas mendengar jumlah rampasan milik bekas perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib dan Isterinya Datin Seri Rosmah yang bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion. Menurut Malaysiakini,keluarga Najib telah memulakan proses undang-undang untuk menuntut semula barangan rampasan. Selain itu,mereka juga mendakwa bahawa barangan rampasan tersebut kebanyakanya adalah pemberian hadiah dari kenalan rapat,orang kenamaan asing termasuklah kerabat diraja semasa mengadakan lawatan rasmi di negara mereka dan hadiah dari sambutan hari lahir. "Sebahagian daripada barang yang dirampas adalah milik saudara-mara dan pihak ketiga.” Laporan menyatakan bahawa kebanyakkan barangan rampas adalah hadiah yang terkumpul sekian lama. Keterangan yang diberikan oleh bekas perdana menteri ini menyatakan "sebarang penilaian berdasarkan harga runcit dan pada harga semasa adalah tidak realistik, besar kemungkinan harga terlalu tinggi kerana barang-barang itu ...

Video-Kanak-kanak Perempuan Tolak 'Stroller' Adik Tular Di Media Sosial

CHINA-Ini adalah detik mengejutkan apabila seorang kanak-kanak bertindak menolak adik lelakinya kerana cemburu. Menerusi sebuah rakaman kamera litar tertutup CCTV yang mengerikan ini jelas kelihatan si kakak menolak stroller adik lelakinya dengan menuruni curam di laluan penjalan kaki. Sebaik si kakak menolak stroller adiknya,ibu kepada kedua-dua kanak-kanak ini bergegas mendapatkan anak lelakinya yang tergolek di penghujung jalan. Ianya berlaku sebaik sahaja ibu kepada dua orang anak ini ingin mengunci pintu rumahnya dengan membiarkan si kakak memerhatikan adiknya sementara si ibu mengunci pintu rumah. Namun sebaik sahaja berpaling muka ke arah anaknya, kanak-kanak terbabit terus menolak stroller adiknya sehinggakan si adik terjatuh dibawah cerun penjalan kaki. Para ibu bapa diharap dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran kepada kejadian ini. Ada sesetengah netizen menyifatkan bahawa kanak-kanak perempuan ini cemburu terhadap adik lelakinya disebabkan itulah dia ...

Saksi Menjerit, Melakonkan Semula Detik Zulfarhan Osman Ditekap Seterika, Suasana Sayu Menyelubungi Mahkamah.

Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain apabila seorang saksi menjerit, melakonkan semula detik Zulfarhan Osman ditekap seterika dengan kaki dan tangannya diikat oleh rakan-rakan seuniversitinya, tahun lalu. “Tolong!!!!! Panas!!!!!,” jerit Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), sambil berdiri di kandang saksi selepas diminta Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah untuk melakonkan detik itu pada prosiding perbicaraan hari ke-12, semalam. Ahmad Senabil merupakan individu yang melihat Zulfarhan Osman ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017. Terdengar istighfar ‘Allahuakhbar’, ‘astaghfirullah’ dari galeri awam yang dipenuhi keluarga mangsa, keluarga tertuduh, pihak media dan orang awam yang mengikuti prosiding perbicaraan itu. Ibu Zulfarhan Osman...

Beg Tangan Rosmah Jenama Bijan,Tarik Perhatian Netizen

Baru-baru ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman,Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh telah mengadakan sidang media khas bagi membongkar jumlah sebenar nilai barangan rampasan di premis milik bekas Perdana Menteri,iaitu Datuk Najib. Secara keseluruhannya jumlah nilai rampasan tersebut tidak tercapai dek akal berikutan pelbagai jenama beg tangan dan barang kemas yang dirampas. Namun,dalam banyak-banyak jenama beg tangan yang dirampas terdapat satu jenam beg yang telah berjaya menarik perhatian netizen iaitu jenama Bijan. Rata-rata netizen beranggapan beg tersebut adalah milik Datuk Najib,namun sebenarnya adalah milik isterinya.Netizen berfikiran begitu kerana apabila diterbalikkan jenama beg itu adalah Najib. Sememangnya jenama Bijan tidak asing lagi dikalangan peminat barangan mewah,kerana perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah Bijan Bar dan Restoran yang terletak di Jalan Ceylon. Bagaimanapun,jenama beg tersebut adalah jenama khusus...