Skip to main content

Kerajaan Akan Jual Barangan Yang Dirampas Dari Najib.


Sudah pasti rakyat Malaysia terjut selepas mendengar jumlah rampasan milik bekas perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib dan Isterinya Datin Seri Rosmah yang bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.

Menurut laporan Malaysiakini, Kerajaan akan berusaha menjual kebanyakan barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bercakap kepada Associated Press (AP) dalam temu bual hari ini, Lim berkata barangan yang dianggarkan bernilai sehingga RM1.1 bilion itu, hanyalah sebahagian kecil daripada RM50 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB yang ditubuhkan Najib.

"Kita akan berusaha menukarkan kepada wang apa sahaja yang kita perolehi tetapi ingat ini sebenarnya tiada apa berbanding jumlah yang telah dirompak dari negara ini," katanya dipetik sebagai berkata.

Lim berkata beliau turut terkejut dengan rampasan yang dilakukan pihak polis.

Beliau merujuk kepada pengumuman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada Rabu yang mendedahkan nilai barangan yang dirampas daripada enam kediaman yang dikaitkan dengan Najib bulan lepas bernilai sehingga RM1.1 bilion.

Barangan tersebut termasuk ribuan unit barangan kemas, beratus-ratus beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam.

Najib bagaimanapun mendakwa barangan rampasan itu merupakan hadiah dan menyatakan penilaian polis dibuat secara "subjektif dan tidak realistik".

Serbuan polis itu merupakan sebahagian daripada siasatan baru berhubung skandal 1MDB.

Lim berkata jumlah barangan yang dirampas adalah tidak masuk akal walaupun bagi negara kaya seperti Amerika Syarikat.

"Bagi negara kecil seperti Malaysia, ia benar-benar tak masuk akal," katanya.

Menurut Lim, tuduhan bahawa kira-kira RM2.6 bilion yang dikatakan milik 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Najib pada tahun 2015 adalah "pengubah permainan" (game changer) dalam skandal itu.

Inilah yang mendorong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan "bekas musuh politiknya" (termasuk Lim sendiri) mengambil tindakan.

"Saya kata tidak ada orang yang bodoh memasukkan wang dalam akaun bank peribadinya, terutama jika anda merupakan seorang perdana menteri.

"Siapa yang bodoh untuk berbuat demikian? Tetapi apabila kami mendapati bahawa perkara itu memang benar, kami sangat terkejut," kata Lim.

Beliau menambah Najib akan terus merosakkan negara ini sekiranya memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Lim memberitahu AP bahawa dengan membongkar beberapa fail rahsia sebelum ini di Kementerian Kewangan, pentabdiran kini mendedahkan lebih banyak skandal mega yang dikaitkan dengan kerajaan yang diterajui BN sebelum ini.

Beliau menambah banyak "skandal mini 1MDB" akan dibongkar dari masa ke semasa.

Sebelum ini Najib telah memulakan proses undang-undang untuk menuntut semula barangan rampasan.

Selain itu,mereka juga mendakwa bahawa barangan rampasan tersebut kebanyakanya adalah pemberian hadiah dari kenalan rapat,orang kenamaan asing termasuklah kerabat diraja semasa mengadakan lawatan rasmi di negara mereka dan hadiah dari sambutan hari lahir.

"Sebahagian daripada barang yang dirampas adalah milik saudara-mara dan pihak ketiga.”

Laporan menyatakan bahawa kebanyakkan barangan rampas adalah hadiah yang terkumpul sekian lama.

Keterangan yang diberikan oleh bekas perdana menteri ini menyatakan "sebarang penilaian berdasarkan harga runcit dan pada harga semasa adalah tidak realistik, besar kemungkinan harga terlalu tinggi kerana barang-barang itu diterima sebagai hadiah sepanjang tempoh berpuluh tahun dia berkhidmat.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...