Skip to main content

Video: Punca Pergaduhan Di Hospital Sultan Ismail.


Perbalahan mulut serta pengaruh alkohol dipercayai punca berlakunya kekecohan dan pergaduhan di sebuah kelab malam di Mount Austin dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, pergaduhan dipercayai tercetus apabila tiga lelaki bersama beberapa rakannya mahu keluar dari premis hiburan berkenaan telah berlanggar bahu dengan sekumpulan lima lelaki lain di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, ekoran itu berlakunya perbalahan mulut dan tidak puas hati antara dua kumpulan tersebut yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.


“Berlaku pergaduhan di hadapan kelab malam tersebut, sebelum tiga lelaki yang merupakan mangsa melarikan diri ke unit kecemasan HSI untuk melihat dua lagi rakannya yang cedera.

“Selepas tiba di pekarangan hospital, empat lelaki yang turun daripada kereta jenis Perodua Myvi dengan bersenjatakan kayu hoki dan rotan telah menyerang kesemua mangsa selain bertindak memasuki kenderaan mangsa untuk melarikannya.

“Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila dua daripada mangsa bertindak mengejar suspek serta menarik stereng kereta lalu menyebabkan kereta itu terbabas dan melanggar sebatang tiang di kawasan hospital,” katanya kepada Sinar Harian.


Shahurinain berkata kejadian itu mengakibatkan dua daripada mangsa cedera ringan manakala kesemua suspek kemudiannya melarikan diri.

Katanya, hasil pemeriksaan rakaman video berdurasi 42 saat di kawasan itu turut menunjukkan tiga mangsa terbabit turut bersama-sama dalam pergaduhan tersebut dengan menggunakan kerusi dan kayuuntuk memukul suspek.

“Usaha mengesan seorang lagi suspek berhubung kejadian ini sedang dilakukan yang mana setakat ini empat lelaki telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh menggunakan senjata,” katanya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...