MACHANG – Seorang wanita warga emas m4ut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang dipercayai membuat pusingan U di Kilometer 26, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada Ahad.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan p4rah.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Vios, motosikal SYM BX110 dan Toyota Hilux milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan itu bergerak dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai sebelum pemandu Toyota Vios juga pesara guru lelaki berusia 84 tahun dipercayai membuat pusingan U secara tiba-tiba dari bahu jalan.
“Tindakan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan hadapan kereta terbabit.
“Pada masa sama, Toyota Hilux PDRM yang dipandu seorang pegawai polis dari arah belakang turut tidak sempat mengelak sebelum melanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Azuhar berkata, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala pegawai polis yang memandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.
M4yat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kem4tian.
“Polis sedang mengesan saksi bebas serta rakaman kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.