Skip to main content

Video Kanak-kanak Berpaut Pada Pintu Kereta Ditinggalkan Tepi Jalan


SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki warga China yang dipercayai meninggalkan anak lelakinya sebelum kanak-kanak itu berpaut pada pintu belakang kereta dan terjatuh berhampiran Plaza Tol Nilai, seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah kediaman di Jalan Cheras, Kuala Lumpur, kira-kira 12.15 tengah hari ini dan polis turut merampas sebuah kereta Perodua Axia putih yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

"Hasil siasatan, lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan dan memaklumkan dia bersama ahli keluarga bertolak dari Cheras ke Pantai Bagan Lalang, Selangor untuk beriadah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 1 tengah hari, semalam.

"Ketika perjalanan, mangsa yang juga anak sulungnya berusia 12 tahun bertengkar dengan anak keduanya sehingga menyebabkan dia berasa marah sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan dan mengarahkan mangsa keluar serta memarahinya di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tepi jalan dan meneruskan pemanduan atas alasan mahu memberikan pengajaran supaya kanak-kanak itu tidak mengulangi perbuatan sama.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa melihat mangsa terjatuh di atas jalan raya ketika meneruskan perjalanan lalu berpatah balik untuk mengambil semula anaknya dan membawa kanak-kanak itu ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Nilai untuk rawatan.

Terdahulu, Johari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penularan video berdurasi kira-kira seminit memaparkan kanak-kanak lelaki berpaut pada pintu belakang sebuah kereta sebelum terjatuh di atas jalan raya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...