Kemalangan dilaporkan berlaku di persimpangan lampu isyarat Pekan Rawang, berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Sungai Sendok, menghala ke Parit Bunga.
Insiden berkenaan membabitkan sebuah Perodua Alza dan sebuah bas.
Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu disahkan maut di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung identiti mangsa, keadaan pemandu bas serta penumpang lain dan punca sebenar kemalangan masih belum diperoleh.
Semoga roh mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat.
Berhati-hati ketika memandu, khususnya ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat.
