Menurut perkongsian seorang penghuni di media sosial, kejadian berlaku sekitar jam 1.22 pagi apabila dia terjaga daripada tidur akibat bunyi muzik yang terlalu kuat.
Lebih mengecewakan, individu berkenaan mendakwa sudah menghubungi pihak pengawal keselamatan, namun tindakan yang diambil dikatakan agak lambat.
Penghuni itu turut mendakwa unit berkenaan hanya dibenarkan menempatkan lima orang, tetapi dipercayai dihuni kira-kira 10 individu pada malam kejadian.
Katanya, bunyi muzik masih jelas kedengaran walaupun dia tinggal di tingkat 34 bangunan berkenaan.
Situasi itu menyebabkan dia bertindak mencari unit terbabit satu demi satu bagi menegur penghuni yang dipercayai mengadakan parti.
Menurut perkongsian sama, peraturan bangunan menetapkan waktu larangan bunyi bising antara jam 10 malam hingga 6 pagi.
Individu berkenaan turut mempersoalkan jumlah penalti yang dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran peraturan, selain menyatakan hasrat untuk menghubungi polis kerana gangguan tersebut berlaku ketika penghuni lain sedang berehat.
Dalam perkembangan seterusnya, satu lagi rakaman dikongsikan memaparkan kehadiran pihak polis di lokasi dan seorang individu dipercayai dibawa keluar.
Bagaimanapun, identiti individu terbabit, punca sebenar kehadiran polis serta sama ada terdapat sebarang tangkapan atau tindakan lanjut masih belum dapat dipastikan.
Isu ini sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai tanggungjawab pengusaha Airbnb dan homestay dalam memastikan penyewa mematuhi had kapasiti serta peraturan ketenteraman bangunan.
Hak penyewa untuk bercuti dan berhibur tidak sepatutnya mengganggu hak penghuni lain untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.
hhhhhhhh
🎥 Sumber: Perkongsian video dan hantaran penghuni di media sosial.
