AMPANG – Seramai 17 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di Flat Lembah Jaya, Jalan 3, Lembah Jaya Utara, awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dua daripada individu terbabit direman selama dua hari manakala 15 lagi direman tiga hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan.
Menurutnya, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.07 pagi.
Susulan panggilan tersebut, anggota kereta peronda polis (MPV) diarahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.
Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada pergaduhan sedang berlaku ketika anggota polis tiba. Sebaliknya, hanya sekumpulan orang awam ditemukan berkumpul di lokasi berkenaan.
Khairul Anuar berkata, pihaknya turut mengesan satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang tular menerusi aplikasi Threads.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan, termasuk mengenal pasti punca sekumpulan individu terbabit berkumpul di lokasi kejadian.
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.