Skip to main content

Sengaja ingkar perintah nafkah, bekas suami boleh berdepan penjara! – Marhamah


KUALA LUMPUR: Bekas suami yang sengaja gagal mematuhi perintah pembayaran nafkah boleh berdepan tindakan penguatkuasaan termasuk potongan gaji, penyitaan dan penjualan harta, malah perintah pengkomitan ke penjara tertakluk kepada proses kehakiman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sedang menyediakan cadangan pindaan terhadap Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan bagi memperkemas mekanisme penguatkuasaan terhadap pihak yang sengaja mengingkari perintah mahkamah.

Langkah itu turut memberi tumpuan kepada isu ketidakpatuhan perintah pembayaran nafkah yang ditetapkan Mahkamah Syariah, termasuk meneliti ruang penambahbaikan terhadap peruntukan undang-undang dan prosedur sedia ada supaya tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya, kegagalan mematuhi perintah nafkah bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah.

“Bergantung kepada keadaan dan fakta sesuatu kes, mahkamah mempunyai beberapa mekanisme penguatkuasaan, antaranya saman penghutang penghakiman, penyitaan dan penjualan harta, prosiding Hiwalah serta perintah pengkomitan ke penjara,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, mahkamah juga boleh mengambil tindakan terhadap wang atau harta penghutang penghakiman berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk melalui perintah tahanan pendapatan atau potongan gaji oleh majikan bagi melaksanakan pembayaran nafkah.

Jelasnya, mekanisme itu membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan melalui saluran perundangan tanpa penerima nafkah perlu bergantung semata-mata kepada komitmen bekas suami untuk membuat pembayaran secara sukarela.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tindakan seperti pemenjaraan tidak dilaksanakan secara automatik oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), sebaliknya perlu melalui proses kehakiman dan berdasarkan perintah mahkamah selepas mengambil kira fakta serta tahap ketidakpatuhan dalam sesuatu kes.

Dalam pada itu, JKSM turut meneliti penambahbaikan mekanisme pendahuluan nafkah dan bantuan nafkah berbentuk kewangan kepada penerima yang layak.

“JKSM sedang meneliti penambahbaikan mekanisme pendahuluan nafkah dan bantuan nafkah yang berbentuk bantuan kewangan yang tidak perlu dibayar semula oleh penerima yang layak, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih berkesan kepada golongan yang memerlukan.

“Namun, bantuan tersebut tidak menggugurkan tanggungjawab pihak yang berwajib ataupun pihak yang diwajibkan membayar nafkah,” katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...