Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari kampung Denkada, daerah Vizianagaram, ke Kuil Kanaka Durga di Vijayawada bagi menunaikan nazar keagamaan.
Bagaimanapun, bas persiaran yang dinaiki kira-kira 40 penumpang itu mengalami kerosakan teknikal lalu berhenti di tepi lebuh raya.
Ketika beberapa penumpang turun untuk membeli teh di kedai berhampiran, sebuah Mahindra Scorpio yang dipandu laju dari arah Visakhapatnam merempuh mereka.
Tiga mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Mangsa dikenal pasti sebagai Sirigidi Yerrayaa, 35; Talingala Sitaram, 36; Tatipudi Varaprasad, 36; dan Bonula Ramana, 52.
Tiga individu lain turut cedera parah dalam kejadian itu, termasuk pemandu van penghantaran dan kelindan bas persiaran. Mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Polis memaklumkan pemandu Scorpio itu turut memakai kalungan suci Bhavani, seperti kumpulan penganut terbabit dan dipercayai dalam perjalanan ke Vijayawada.
Polis menahan pemandu berkenaan bagi membantu siasatan.
