Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, pemandu Myvi dipercayai membuat pusingan U secara mengejut sehingga menyebabkan penunggang Vespa gagal mengelak lalu berlaku pelanggaran.
Akibat kejadian itu, penunggang Vespa dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah diberikan bantuan sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Setakat ini, punca sebenar kemalangan serta butiran lanjut mengenai kejadian masih belum disahkan oleh pihak berkuasa. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu kenyataan rasmi daripada polis.
Sumber: Abdul Kadir Mohamad.
