Tular Video Tiga Kanak-Kanak Main Basikal Lajak, Ibu Bapa Diminta Pantau Aktiviti Anak Sepanjang Cuti Sekolah
Dalam rakaman tersebut, ketiga-tiga kanak-kanak dilihat menunggang basikal dalam keadaan yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.
Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti berisiko berkenaan, lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah apabila kanak-kanak mempunyai lebih banyak masa di luar rumah.
Orang ramai turut menggesa ibu bapa dan penjaga agar memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak, selain menasihati mereka supaya tidak bermain di jalan raya demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama, dan pengawasan ibu bapa amat penting bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh mengancam nyawa.
