Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Tindakan Melampau Lelaki Masukkan Ular Ke Dalam Kereta Wanita, Netizen Berang

Tular di media sosial satu rakaman memaparkan tindakan melampau seorang lelaki yang didakwa secara tiba-tiba memasukkan seekor ular ke dalam sebuah kereta yang dinaiki seorang wanita yang tidak dikenalinya.

Rakaman kejadian itu dipercayai sempat dirakam oleh salah seorang mangsa yang berada di tempat duduk belakang kenderaan berkenaan. Video tersebut memaparkan suasana cemas apabila ular itu dimasukkan ke dalam kereta tanpa sebarang amaran.

Perkongsian video itu di TikTok mengundang kemarahan ramai netizen yang menyifatkan tindakan lelaki terbabit sebagai tidak bertanggungjawab, berbahaya dan boleh mengancam keselamatan mangsa. Rata-rata pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tersebut serta mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan sekiranya berlaku sebarang kesalahan.

Setakat ini, lokasi kejadian dan identiti individu yang terlibat masih belum dapat dipastikan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga maklumat rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa.