Dalam rakaman tersebut, polis dilihat menggunakan sebuah Proton Exora dan Perodua Myvi bagi membuat sekatan untuk menghalang suspek daripada meloloskan diri.
Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menyokong tindakan tegas pihak polis demi keselamatan pengguna jalan raya, manakala segelintir lain mempersoalkan kaedah sekatan yang digunakan kerana dikhuatiri boleh mengundang risiko kemalangan.
Bagaimanapun, ramai berpendapat tindakan tersebut dilakukan bagi membendung kegiatan lumba haram dan aksi berbahaya yang sering mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.

