Dalam kejadian tersebut, seorang wanita bersama dua anak lelakinya didakwa cuba mencuri susu kanak-kanak dengan menyembunyikan barangan berkenaan di celah kangkang sebelum keluar dari premis tanpa membuat bayaran.
Gelagat mencurigakan mereka bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis sebelum video itu tersebar luas di media sosial.
Tindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja memalukan malah memberi contoh tidak baik kepada anak-anak.
Setakat ini, lokasi kejadian dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan, manakala pihak berkuasa dipercayai sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.
.png)