Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh bahan khayal sebelum melanggar bahagian belakang sebuah bas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh Rest and Service Area arah utara.
Dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit dilihat berada dalam keadaan tidak stabil dan dipercayai menghidu gam sebelum berlaku pelanggaran dengan kenderaan berat berkenaan.
Rakaman kejadian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata melahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan bahan inhalan terutama dalam kalangan golongan muda kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikeluarkan pihak berkuasa berhubung tahap kecederaan atau tindakan lanjut terhadap individu terbabit.