Tangkapan dibuat susulan penularan sebuah video yang memaparkan suspek disyaki menunjukkan kemaluannya kepada mangsa berusia 12 dan 10 tahun.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 tengah hari sebelum laporan polis dibuat pada jam 4.46 petang hari yang sama.
Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek yang memandu sebuah kereta jenis Honda Accord di kawasan Masai sekitar jam 11 malam.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Siasatan lanjut masih dijalankan.
.png)