Suspek ditahan kira-kira jam 9.20 pagi oleh sepasukan anggota Task Force/RCJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, hasil maklumat serta bantuan orang awam yang terlebih dahulu berjaya menahan individu terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Hasil pemeriksaan, pihak polis telah merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut, termasuk satu gulung kabel, satu alat pemotong kabel serta sebilah sabit.
Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk tindakan lanjut, manakala siasatan masih diteruskan.
.jpg)