Menurut individu tersebut, para Tahanan dikatakan tidak lagi menerima keperluan asas seperti makanan dan air yang mencukupi.
Selain itu, kemudahan asas serta layanan terhadap mereka juga didakwa semakin teruk, termasuk kekurangan penjagaan kesihatan bagi Tahanan yang sakit.
Beliau turut mendakwa terdapat Tahanan yang tidak diberikan rawatan perubatan dan dibiarkan dalam keadaan kritikal tanpa perhatian sewajarnya.
Dalam kenyataannya, beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar terus memberi perhatian dan bersuara mengenai nasib Tahanan Palestin yang masih berada dalam tahanan.
Setakat ini, dakwaan tersebut belum dapat disahkan secara bebas oleh pihak ketiga.