Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 24 rakyat tempatan termasuk seorang wanita serta seorang warga Filipina berusia antara 16 hingga 48 tahun.
Menurut beliau, tangkapan dilakukan menerusi operasi yang dijalankan dari jam 10 malam hingga 1 pagi, susulan aduan serta pemantauan terhadap kegiatan yang dipercayai mengganggu pelancong asing dan pengunjung di kawasan tumpuan tersebut.
“Siasatan awal mendapati kumpulan ini bertindak menawarkan perkhidmatan mengambil gambar secara paksa kepada pelancong sebelum mengenakan bayaran tertentu,” katanya.
Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Polis turut memaklumkan bahawa operasi pemantauan akan terus dipergiatkan bagi memastikan aktiviti tidak berlesen yang boleh menjejaskan imej negara dapat dibendung.
