Dalam kejadian tersebut, tiga anggota polis dilaporkan mengalami kecederaan ringan ketika menjalankan tugas. Insiden itu berlaku ketika empat anggota polis sedang mengejar seorang individu yang mencurigakan sebelum mereka dihalang oleh sekumpulan lelaki terbabit.
Susulan kejadian itu, pihak polis berjaya menahan kesemua suspek yang berusia antara 28 hingga 38 tahun untuk membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.
Kesemua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
