Skip to main content

Wanita menangis suami dipenjara 10 tahun, 6 sebat rogol anak angkat



TERTUDUH ketika hadir di Mahkamah Sesyen Muar. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Seorang wanita menangis sebaik Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta enam sebatan terhadap suaminya yang juga kontraktor selepas didapati bersalah merogol anak angkat mereka, lapan tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dalam pembelaan dihadapi tertuduh berusia 47 tahun.

Dalam penghakimannya, mahkamah mendapati keterangan tertuduh lebih kepada bersifat penafian dan tidak disokong fakta yang munasabah.

Hujahnya, mahkamah turut mendapati bukti sudah mencukupi sepanjang perbicaraan berlangsung untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan dilakukan terhadap mangsa.

"Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan tiga pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan seterusnya boleh dihukum mengikut Seksyen 376 kanun sama.

"Dalam kes ini, mangsa masih bawah umur dan bersekolah. Selepas mengambil kira semua faktor, mahkamah memutuskan kamu dipenjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan," hujahnya yang turut memaklumkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh sabitan hari ini,

Serentak dengan keputusan, tertuduh diwakili peguam, Munirah Najihah Shaari memohon mahkamah untuk penangguhan hukuman penjara dan sebatan kerana mahu menfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Abu Bakar kemudiannya membenarkan permohonan peguam tetapi menaikkan jumlah ikat jamin RM6,000 yang dikenakan sebelum kepada RM9,000.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi.

Sepanjang perbicaraan berlangsung sejak 2018, seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan merogol anak angkatnya berusia 16 tahun, kejadian itu didakwa berlaku dalam bilik sebuah rumah di daerah ini, sekitar Januari, Julai dan Disember 2017. - Harian Metro  

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...