Skip to main content

Remaja 19 Tahun, Waja Bertuka Jaddi 50 Tahun


Raizel Calago ialah seorang remaja perempuan yang berasal dari Salasang, Arakan, Cotabato, Filipina. Pada tahun 2019 yakni ketika berusia 14 tahun, Raizel pernah menyertai sebuah pertandingan ratu cantik di kampung halamannya. 

Memiliki wajah yang manis dan kepercayaan diri yang tinggi, dia menonjol dalam kalangan peserta lain. 

Malah ramai yang mengagumi kematangannya dan menyangka dia memiliki potensi cerah dalam bidang peragaan atau hiburan. Namun siapa sangka, detik manis di pentas kecantikan itu merupakan salah satu kenangan terakhir sebelum hidupnya berubah secara drastik.

Tidak lama selepas pertandingan tersebut, Raizel mula mengalami simptom yang aneh pada tubuhnya. Ia bermula dengan ruam merah yang gatal di seluruh badan yang pada awalnya disangka berpunca daripada gigitan serangga atau alahan biasa. 

Namun dalam tempoh singkat, kulit wajahnya mula berkedut, tubuhnya semakin mengecut dan penampilannya berubah seperti seorang wanita berusia 50 tahun. 

Dalam masa hanya dua tahun, perubahan drastik itu berlaku dengan begitu pantas dan mengejutkan sekali gusmenjadikan Raizel seolah-olah terperangkap dalam tubuh yang jauh lebih tua daripada usianya yang sebenar.

Perubahan ini memberi kesan yang mendalam terhadap emosi dan sosial Raizel. Dahulu dia seorang gadis ceria yang aktif dalam aktiviti masyarakat dan tidak segan menonjolkan diri. 

Keadaan fizikalnya yang berubah bagaimanapun telah membuatkan dia menjadi pendiam, menjauhkan diri daripada orang ramai dan mula mengenakan pakaian labuh serta topeng muka setiap kali keluar rumah untuk menutup wajahnya. 

Raizel mengakui sering berasa malu, sedih dan rendah diri apabila berdepan dengan pandangan orang sekeliling yang terkejut atau memandang pelik ke arahnya.
 
Kisah Raizel kemudian mendapat perhatian meluas apabila ditampilkan dalam rancangan popular Kapuso Mo, Jessica Soho. 

Dalam rancangan tersebut, Raizel dibawa berjumpa dengan pakar endokrinologi iaitu Dr. James Young yang melakukan pemeriksaan dan membuat diagnosis awal bahawa Raizel mungkin menghidap sejenis penyakit genetik yang sangat jarang dikenali sebagai progeria. 

Penyakit ini menyebabkan proses penuaan berlaku secara cepat dan tidak normal meskipun usia sebenar pesakit masih muda. Di seluruh dunia, hanya sekitar 200 kes progeria yang pernah direkodkan.
 
Progeria atau nama penuhnya Sindrom Hutchinson-Gilford bukan sahaja menjadikan penampilan seseorang kelihatan jauh lebih tua bahkan turut menyebabkan komplikasi kesihatan lain seperti pertumbuhan terbantut, sendi kaku, kehilangan rambut serta risiko tinggi terhadap serangan jantung dan strok. 

Malangnya, sehingga kini belum ada penawar yang mampu memulihkan keadaan ini. Rawatan hanya boleh dilakukan untuk menguruskan simptom dan mencegah komplikasi yang lebih serius. 

Raizel kini turut berisiko mengalami penyakit tulang seperti osteoporosis dan masalah jantung yang biasanya berlaku pada individu berusia lanjut.

Walaupun ujian yang dihadapinya amat berat, Raizel tetap berusaha untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin. 

Dia bersama jeluarganya kini sedang berusaha mengumpul dana dan memohon bantuan kewangan bagi mendapatkan rawatan lanjutan serta pemeriksaan genetik yang lebih tepat. 

Kos perubatan yang tinggi merupakan cabaran utama namun keluarga Raizel tidak berputus asa dalam mencari peluang untuk mengurangkan penderitaannya. Oleh Jack Lester Mei 31, 2025

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...